Day 19 Dapat Berat Badan Ideal

Bercakap tentang menu makan, lepas scroll ideas dari mereka yang dah berjaya dapatkan berat ideal, korang mesti terfikir depa ni tak terliur ke dengan makanan yang trending atau makanan yang mereka suka makan sebelum diet. Korang kalau perasan bab menu, cara bersenam, macam-macam lagilah banyak mazhab, banyak version, tapi yang nak melalui mazhab, version tu kita. Ada orang okay je mengadap menu telur seminggu, dua minggu ,sebulan. Ada orang okay je makan salad aje, ada juga yang jenis ratah lauk aje kerjanya. 


Look! Pegang bahu kau, kau pun takkan nak korbankan makanan yang suka kan? Tak, jangan! Cuma ubah size makanan aje, adjust makanan bagi look alike tapi version more healthy. Itu Aku buatlah, jadi otak aku baca, boleh je makan makanan aku nak rupanya, macam biasa yang aku makan je makanan aku ni, takde yang berubah. Walaupun sebenarnya berubah. Trick gitu. Menu yang aku share tu, tu makanan yang aku suka makanlah. Masakan kampung pun favorite, bila pergi kedai masakan kampung, memang berbinar bintang mata aku tengok lauk, tapi aku fokus ambil lauk yang aku suka, banyakkan ulam sayur yang aku suka,kecikkan saiz nasi yang diambil. Tapi make sure kita rasa kenyang, maksud aku takdelah makan sampai kenyang tersandar, tapi kita rasa kenyang tu. Still dapat makan, happy me. 


Satu yang obvious masa makan cemni aku sempat perati semua lauk yang aku ambil, makan dan kunyah perlahan. Benda ni sangat bagus, otak sempat baca kau punya action. Aku tak tahu selama mana dah aku punya habit, kunyah sekali dua telan, aku takdan nak menikmati makanan kes kalut dengan anak-anak kecik. Bila anak-anak dah besar, semua pandai urus diri, seriously aku baru rasa nikmat kunyah makanan, huhuu. Crying. Nikmat ni akan selalu aku syukuri. Melalui episode besarkan anak-anak rapat ni chaos, tapi seronok tapi tulah banyak part diri sendiri terlepas. Insyallah even cemtu, worth it.


Korang jangan stress kan diri sendiri. Macam aku memang tak boleh benda sabit makanan ni, well i'm food lover anyway. Masa hujung minggu aku memang keluar, maka akan jumpa ujian makanan (tapi aku tukar sebagai reward), pujian. Pujian ni bagus tapi tak boleh berlebihan maka akan makan diri, macam orang asyik puji ko hebat, pandai, hari hari dipuji aje, lama-lama pujian jadi annoying, toksik kan? so ambil letak kat tangan aje pujian tu, bila aku dah set cemtu, aku nampak ujian makanan ni pujian, reward tapi aku tak layan berlebihan, sekadar buat rasa, rasa lega boleh rasa, rasa happy, sebab tak tersekat. 


Pasti! Kita ni ada nafsu, ada keinginan kan? Layan jelah. Nanti back on track. Biasa aku kalau hari isnin aku  panjangkan IF timing jadi 18h ke 20h sebab itu hilangkan rasa bersalah aku makan luar dari kebiasaan weekdays, hihii. Macam balik kampung baru ni,aku ni memang pantang dengan kuih muih, jadi bila nampak kuih aku amik makan juga tapi tak sebanyak sebelum ni, dapat makan juga. Aku puas hati balik kampung tanpa stress sebab dapat layan tekak, kalaulah aku tahan-tahan soheh teringat ulang-ulang dalam otak aku benda aku nak makan tapi tak boleh makan.


So jangan against, nanti 'depa'(dalam otak nun) memberontak,Mula drag cheatday berhari-hari akibat keinginan tertunggak. Lastly program ke laut dalam. Kalau orang tanya tak terliur ke tengok orang lain, anak-anak makan menu selain dari kita, snek ke jajan ke, of course lah terliur, ambil jelah satu dua buat lepas rasa. Itu akulah, aku nak chill aje kali ni, aku tak nak badan aku hasilkan hormon kartisol dah, cukuplah yang ada sebelum ni. Tak boleh makan makanan kita nak rasa stress ye. Lani nak control, tackle hormon yang satu ni yang haywire teruk selama bertahun-tahun. So lek-lek pis. Aku boleh tidur sebelum pukul 12 tengah malam pun satu achievement besar dah. Tidur ni cabaran utama buat mak-mak, nak dapat tidur lena lepas bergelar mak ni sulit ye. Rutin aku hampir 14 tahun tak cukup tidur,waktu tidur tunggang langgang sebab breastfeed anak, tak mudah ye nak in timing tidur awal. Topik ni nextime. 


Nak cerita bab menu makan ja dulu, jika mindset kita dah cemni "tak kisahlah journey ni ambil masa berapa lama, 6 bulan, setahun, dua tahun,I don't care, I'll get it". Jadi korang makan sekali sekala cheatday tu okaylah, jangan berhari-hari, drag sampai bulan depan pula. Eh!eh! Tu dah lain cerita jadinya. Jadi korang bab menu makan, adjust, ubah hingga korang jumpa happiness, mindful eating bila makan, pasti jumpa punya. Menu makan jangan strict sebab kita ada kekangan, masa nak sedia, cost sedia makanan, jadi semua tu kena seiring kemampuan kita, alright? 


Aku ada tertengok someone yang menu dia telur dan ayam, kadang ikan beli yang reject je dan sayur pun sama, sebab dia kata dia takde duit nak beli macam-macam lauk diet. Tapi dia buat dengan apa yang ada. Sayur tu yang mana boleh cambahkan balik, dia pi tanam kat belakang, lani tak pasal-pasal dia ada kebun, makanan diet dapat free, dia pun happy sebab dah jumpa happinest dia sambil turunkan berat badan. See kadang kita ni tak tahu pun kesukaan kita sendiri sebab terlalu banyak distraction dalam life seharian, kan? 


Samalah bab menu ni, jangan paksa diri makan benda yang kita tak suka, sebab kita ni nak long journey, kita nak buat benda ni jadi lifestyle kita. Masak je macam biasa, kurangkan carbs dalam hidangan, banyakkan lauk, kasi kita rasa kenyang dengan lauk. Jaga timing makan kalau korang tak buat IF. Aku punya version IF memang aku make sure aku kenyang dan nutrisi cukup Dan aku stop makan sebelum pukul 7 malam. Nutrisi tak cukup memang akan jadi masalah lain pula, yang ni next time plak bebel.  Ok daa. Makan biar puas hati. Aku kalau time cemni, takde benda lain yang aku nak makan, mesti makanan pedas-pedas, tu pasal hari ni kena layan ayam gepuk version IF. Masyaallah Tabarakallah thank you Allah for this rizq. Boleh makan ayam gepuk juga, diet pun,kihkih. Aku ni suk ayam gepuk tahu tak? 


Jadi aku faham kegilaan orang sekarang makan ayam gepuk, ayam gepuk is life! Tapi satu hidangan ayam gepuk dah 1000+ kalori, nak makan ayam gepuk make sure tu je meals sehari, pastu takde dah. Aku memang sekarang tengah kurangkan carbs jadi hidangan cemni memang otak aku datangkan doubt, kenyang ka? Karang nak tambah macam mana? Yelah aku dulu makan ayam gepuk ,kalau pergi dua orang , amik satu set sorang tapi add on nasi je buat tambah kongsi dua. Penangan makan pedas memang bertambah-tambah kan? Tapi hari ni buktikan makan nasi tak banyak tak sampai segenggam aku rasa tak larat nak habiskan, sebab dah kenyang dengan Tempe, sayur, ayam lagi. Perghh! Tapi aku happy sangat sebab aku dapat makan. Korang nak turunkan berat jangan stress, tu jemput hormon kartisol berkampung nanti. Lek-lek naa...


Note
Cravings don't last, but the results do