A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MOTHERHOOD

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Panduan Untuk Hamil dari Dr. Hamid Arsyat

Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga dan penerus generasi dan sesungguhnya anak itu rezeki kurniaan Allah, ada pasangan yang cepat direzekikan anak dan ada pula yang lambat, ada yang tidak direzekikan, namun sebagai hambaNYA kita disarankan untuk berusaha. Antara perkongsian Dr Hamid Arsyat untuk cepat dan mudah hamil dengan izin-NYA jua. 1. Kahwin Awal Ini kerana telah terbukti bahawa wanita paling subur dan produktif pada umur sebelum 20tahun . Pada usia ini, wanita belum berisiko berdepan dengan ketumbuhan seperti endometrisisdan fibroid serta beberapa jenis penyakit di dalam rahim. Jika ada jodoh jangan bertangguh walaupun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya. 2. Jumpa Doktor Lebih 80% akan hamil satu tahun selepas kahwin. Jika ada sengugut atau gangguan haid segera berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan rahim dan ujian. 3. Buat Rawatan Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan terbaik....

MENYUSU BADAN BOLEH KURUS, BETUL KE?

Kebaikan menyusu badan – lagi banyak bayi minum susu, lagi banyak kalori ibu dibakar! Betul ke?Kenapa rasa makin berat je timbangan dikala menyusu anak ni kan? Rasa makin lapar, makin banyak mengidam, craving, . Kata American Pregnancy Association menganggarkan wanita yang baru menjadi ibu membakar antara 400 hingga 700 kalori sehari semasa menyusu! Pelik? Sebenarnya, dalam setiap auns susu badan ada lebih kurang 20 kalori . Secara purata, bayi yang menyusu susu badan sepenuhnya minum lebih kurang 25 auns sehari untuk 6 bulan pertama hidupnya . Cuba anda kira, 20 kalori x dengan 25, bersamaan 500 kalori. Dan ini hanyalah secara purata. Ini bermakna, lagi banyak si kecil menyusu, lagi banyaklah kalori anda terbakar! . Persoalannya, apa yang mommies makan dan minum sepanjang hari ketika berpantang dan menyusukan bayi ni? Tapi faham sendirilah mak-mak menyusu badan ni cepat rasa lapar kan?? lambat makan sikit gigil, sekali makan, macamkan saka yang makan. actually itu...

U-TURN BERPANTANG BALIK!

Baru-baru ni isu berpantang panas lagi, apapun good perspective from two panels. Ika of course sokong amalan berpantang ni buat ibu-ibu bersalin. Kenapa? Sebab Ika dah lalui bagaimana teruknya badan bila tak berpantang anak first, ala kadar berpantang anak kedua, cukup syarat je. Alhamdulillah pengalaman dua keadaan tak berpantang bagi kesan kat kehidupan Ika, maka anak ketiga dan seterusnya Ika berpantang betul-betul selepas bersalin. Rugi tau siapa yang tak berpantang. Bukti orang berpantang amat baik untuk kaum ibu-ibu kukuh melalui penampilan Datin, even umur hampir 80an she's look like 40 years ++, kan? Siapa tak nak awet muda boleh teruskan tak pantang. Rahim sihat akan mirror the outer. Ni bidan sendiri yang bagitahu. Air muka orang berpantang beza dengan orang tak berpantang. Ramai tak percaya, tapi takpe ni depends belief masing-masing. Memandangkan Ika dah belajar dari kesilapan sendiri, so Ika nak share juga supaya jadi pengajaran dan panduan buat young mommy zama...

KEPERLUAN IODIN SEMASA HAMIL

Kepentingan Iodin Untuk Ibu Hamil ----------------------------------------- Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia. Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun. Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, h...

GDM ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

Kehamilan merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ibu. Kemudian saat hamil pula, anda akan menikmati momen indah itu dengan rasa penuh bahagia. Namun, bagaimana dengan mereka yang ada diabetes semasa hamil? (Gestational Diabetes Mellitus -GDM) Apabila hamil, semua ibu akan rasa bahagia bila kesihatan dalam keadaan yang baik, sekaligus membuang rasa bimbang jika ada penyakit yang menyerang sepanjang hamil. Namun, akibat perubahan horman, diabetes semasa hamil masih boleh terjadi. Ia dianggap normal. Tapi ibu perlu kawal  cara pengambilan makanan  supaya kesihatan dalam keadaan baik.  Apatah lagi, kehamilan mempengaruhi kadar gula dalam darah hingga mengakibatkan peningkatan kadar gula yang menyebabkan diabetes semasa hamil akibat perubahan  metobolisme endokrin dan karbohidrat. Bahkan, ada  kesan yang bahaya  jika ada diabetes semasa hamil terutama pada bayi dalam kandungan .  Risiko pada ibu yang mengalam...