Day 48 Dapat Berat Badan Ideal
Alhamdulillah hari ni dapat fokus berdating dengan diri sendiri. Dapat feel fireworks paling best, belapis-lapis pung pang depa meletup dalam kepala otak ni lepas selesai briskwalk dengan beban 2kg kiri kanan, sambung strength workout, lymphatic movement jangan dilupa sebelum mula semua. Bahagianya dapat feel tu. Alhamdulillah jugak aku boleh restart balik 20h IF, dan rewardnya makan nasi ayam gepuk. Aku siap beli extra sambal takut tekak aku tak puas makan pedas, jadi esok boleh repeat lagi,kihkih.
Tak tahu kenapa ekk, ada related tak benda ni in scientific ways kenapa selera nak makan pedas datang bila aku jaga makan. Dia macam memanggil-manggil dalam kepala otak ni, teringat benda pedas. Aku senang aje kalau bab makan ni, repeat menu sama pun okaylah asal tekak aku nak makan, orang buat menu macam-macam tu salute betul aku, aku ni pemalas sikit, suka tapau makanan hari-hari tertentu atau ikut mood. Jadi makannya cemtulah kadang ikut selera, kadang taram apa yang ada,kihkih. Pun jadi la ekk, asalkan kenyang betul-betul takde craving dah lepas makan.
Masa buat IF ni kena appreciate timing ketosis happened tu, lenjan buat workout terutama second session, aku buat sebab salah satunya bantu aku dapat deep sleep, memang menguap ulang-ulang dah belum Azan isyak, asbab badan dah penat betul tapi best. Jadi rest mode belah malam, memang aku dapat tidur yang nyenyak dah sekarang. Takde dah episode terbangun tengah malam beberapa kali, melainkan aku bangun sebab dah cukup tempoh tidur. Kalu tidur pukul 9malam, pukul 4 pagi wajib jaga dah, kalau lewat sikit pukul 10malam tidur, pukul 5 wajib jaga dah, lewat sikit lagi pukul 11, pukul 6 terbangun, macam auto dah pulak. So night uols. Baru sempat menaip, ingat nak settlekan entry masa tunggu Azan isyak, takdan jugak haishh.
Day 47 Dapat Berat Badan Ideal
Sampai semalam kat rumah dah lewat malam, jadi pagi ni aku tak tahu ke mana hala, terlelap lepas solat subuh. Sedar pun dah pukul 9pagi, terus adrenaline rush, sebab anak-anak nak balik asrama, mandi terus masuk dapur masak untuk menu lunch terus, sambil multi tasking gosok semua baju anak-anak, sambil suruh anak-anak jemur kain, asingkan baju, selesai dobikan baju roadtrip kelmarin. Hari ni memang semua off record, track jalan kaki tak buat, tak menyempat, jam tak tahu mana anak main, tak sempat buat workout, just simply focus kat briskwalk sambil siapkan semua in time sebelum keluar rumah pukul 4 petang.
Sedar-sedar tapak kaki aku dah start sakit means dah overuse, pukul 3petang baru aku sempat duduk bersila properly tu pun sebab nak bersila lipat kain, masa solat pun datang sebak dalam hati sebab aku dapat rest kejap after the adrenaline rush siapkan bahagian kerja aku, kalau anak-anak tak tolong confirm aku dah bertukar jadi monsters, part basuh, jemur, masak menu sampingan aku kasi kat depa settle. Dapat duduk makan, lagilah lega ekk. Apapun aku rasa much better, even banyak kerja aku still rasa fit, biasa kalau dah sebegitu chaos, takdan petang aku dah terbaring kena bertungku, kasi urat badan aku relax dan hilang tegang. Dalam chaos aku semalam sempat masuk kebun 30minit,kihkih. Mungkin asbab balik berurut hari tu pun bantu badan aku rasa lebih ringan. Alhamdulillah. So esok aku insyallah strict sikit buat IF setelah seminggu ber'leha', kihkih. Moga Allah bantu, Amin yra.
Day 46 Dapat Berat Badan Ideal
Day 45 Dapat Berat Badan Ideal
Alhamdulillah balik dari kampung ni bila part dobi, part wardrobe settle satu kelegaan besar buat aku, kalau dak sakit mata track jalan kaki terganggu,kihkih. Hari jumaat aku rasa masa laju dan pendek sangat masa, jadi rasa adrenaline rush tu nak buat rutin workout tapi asbab tools baru sampai, aku test buat briskwalk.
Harini kenmain dalam kepala otak nak makan itu ini, tanya anak-anak nak makan nasi Arab dak? Aku berangan nak buat, sekali dapat mesej adrenaline rush aku bertambah, dari nak masuk dapur bertukar kemas beg bagasi, kemas rumah apa yang tak selesai lagi, keluar tapau nasi kandar. Dari nasi Arab ke nasi kandar real quick, wakaka. Hantar anak solat jumaat balik, semua balik bersiap dan keluar rumah musafir.
Apapun the best thing, dalam kalut-kalut aku dapat buat apa yang patut aku buat, yang tak on track bab menulis routine tick and done je, semua kacau since balik kampung, doaku hari isnin semua in line balik. Ni orang kata cabaran, tapi how we response and maintain our consistentcy tu penting. Fuhh, jadi mak-mak ni nak back to pink version balik ni tak mudah ye, time lipat kain tadi entah kenapa air mata aku auto turun. Aku mai terdetik, letihnya jadi mak ni ekk,lepas selesai hal anak, selesai hal anak mertua pulak, then ulang, rasa penat tak tahu nak describe. Kadang rasa okay, kadang rasa tak, entahlah ekk. Tu sebab routine baru ni aku rasa lebih waras bila buat, dating dengan diri sendiri. Alhamdulillah atas semua nikmat dan ujian. Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Day 44 Dapat Berat Badan Ideal
Alhamdulillah hari ni pagi lagi aku settlekan bab briskwalk dengan bawa beban, sambung buat strength workout dan hayun kettlebell sebagai penutup. Lymphatic movement jangan dilupa setiap kali nak mulakan semua workouts. Uii, lega bila dapat buat semua yang tertangguh, dan hari ni aku masih belum Mula lagi IF 16h. Sepanjang cuti ni paling minimum aje aku buat 12h-14h, tunggu minggu baru masuk aku tukar gear 18h-20h.
Break pattern routine ni boleh lah sekali sekala untuk plateau phase, tapi kalau buat selalu, tak pasal weight gained pulak, Naya. Jenuhh nak turunkan balik apa yang dah lost. Umur macam aku ni fokus dah tak menjurus ke kurus/slim dah, lebih ke sihat dan fit dan juga betulkan haywire hormon terutama bab cortisol. Aku baca banyak juga cara nak turunkan kawal hormon cortisol ni, tapi paling berkesan, jaga waktu tidur dan sentiasa bergerak aktif-briskwalk included. Seem simple to do, tapi bila melibatkan consistentcy ramai yang gagal part ni. Betul dak? Tak kata orang lah, aku cemtulah, nak dapatkan rentak yang stabil, berterusan banyak cabarannya, so bab ni you know well yourself better, so kena pandai tackle apa kita selalu terlepas pandang.
Day 43 Dapat Berat Badan Ideal
Kononnya lah bersemangat nak workout bila dok kat rumah, apoo bila tengok kain penuh satu living room, usik aku punya mood nak keliling meja makan, jadinya kena selesaikan apa patut selesai dulu, keluar cari barang lauk kat rumah yang dah aku clearkan sebelum balik kampung. Jadi okay tertangguh lagi noks aktiviti aku hari ni. Tapi takpe ganti dengan pergerakan siapkan kerja-kerja rumah, menyapu, mengemop, lipat kain, pergi pasaraya, balik masak and so on dah buat aku letih dah. Yang penting malam ni aku boleh tidur awal, 9.30 malam aku dah standby berbaring nak tidur.
Satu kebahagiaan ye boleh berbaring awal setelah seharian penuh jadual, siapkan apa yang patut. Lega sebab esok aku nak bangun semua dah clear, pemandangan aku tak terganggu, jalan aku nak briskwalk tak tersekat, yang pasti mood aku pasti best sebab semua kerja rumah, pakaian-pakaian balik kampung semua dah complete lipat dan kemas. Ni pun satu achievement untuk mak-mak macam aku, sebab effect semua tu buat mood jadi happy dan motivated. So good night uols. Malam ni aku makan lewat, pukul 8 malam baru kalut nak makan, buat tomyam dan telur dadar lebih sebab aku maintainkan low carbs bila makan.






