Rabu, 6 Mei 2026

Day 17 Dapat Berat Ideal

Cerita hari ni, tentang motivasi dan tak termotivasi, back to the day 3, aku bebel pasal big why apa yang orang nak kurus ni buat sampai boleh push depa sebegitu sekali, ikutlah guna cheatcode, ka apa? Tapi aku takde idea dari mana semangat,atau 'something(invisible)' yang membuatkan orang take action (tindakan-buat). Until aku terfikir apa yang tak suka bila lalui proses to ideal weight ni. 


  • Aku tak suka naik penimbang, update angka penimbang dari sekian ke sekian dalam tempoh sekian-sekian 
  • Aku tak suka stick menu sama especially telur
  • Aku tak suka tengok jumlah step aku briskwalk sampai 10 ribu 
  • Aku tak suka ambil gambar diri sendiri even masa proses ni
  • Aku tak suka sorok apa yang aku buat semasa aku lalui proses ni
  • Aku tak suka gambar/video within this proses even selfie
  • Aku tak suka validation dari orang lain sebab aku rasa fake dan dusta semata just nak sedapkan hati aku

Vs

  • Aku suka 'rasa' bila pakai seluar favorite aku dah muat, then itu yang motivated aku
  • Aku suka ambil gambar makanan & buat Plating bila nak makan
  • Aku suka bila aku buat briskwalk within no time set,kalau time set pun ikut mood 30 minit atau sejam, dan hasilnya terpampang dari benda yang aku tak suka iaitu angka yang aku share setiap hari tu (complex betullah)
  • Aku suka tengok aku buat senaman kat cermin
  • Aku sejenis over sharing jadi aku share everything in this jouney
  • Aku suka menulis sepanjang progress ni
  • Aku suka validate diri sendiri melalui diri sendiri ja, aku tahulah apa yang nak buat, rasa, etc, jangan nak menekan-nekan, dan suruh


Then aku fokus apa yang buat aku suka dan  termotivasi,nampak macam lebih kurang je perbandingan tu, tapi beza ye. Contoh briskwalk aku tak fokus kat jumlah step/km, tapi aku tak letak timing yang aku boleh buat, rules aku part briskwalk ni asal buat, 10 minit pun okay, jadi hasilnya apa yang share everyday tu, hasilnya benda aku tak suka tengok(angka), sebab bagi aku bila dengar 10, 000 step?what?! Banyaknya, okay tak mampu buat vs jalan 20minit je, ya ka? Oo kejap je tu, buatlah, boleh rupanya ehh. Jadi aku follow apa yang otak aku translate cakap mudah dan boleh buat.  


Sama tang workout aku tak letak nama jenis gerakan aku buat bridge glutes ka, deadlift ka then tick, aku rasa stress bila tengok list yang panjang, tengok nama setiap gerakan dah sulit, dengan nama gitu gini, aku tak suka complicated vs okay buat gerakan gitu gini 15 minit, wehh? Ya ka? 15minit ja? Okay onz, see! follow yours. Simple untuk otak aku follow pace aku. Korang yang pernah gagal macam aku dulu, dok main ulang day 1 aje, korang listkan apa yang korang benci tak suka bila nak turunkan berat badan. Part workout ni aku tak tengok video sambil follow, aku search gerakan yang aku boleh buat, aku ingat camne gerakan tu then aku buat, ulang-ulang.


Listkan apa yang gagalkan korang punya plan ,ye kena listkan. Listkan apa yang korang suka buat, mesti ada yang korang suka. Percayalah, then fokus je dengan apa yang korang suka. Ni proses brainstorming. Brainstorming boleh banyak point, contoh bodypart senaraikan apa yang kita tak suka tengok part kat badan, senaraikan lagi part yang kita suka nak tengok, rutin harian kita senaraikan bad thing yang kita suka buat, then senaraikan benda benda baik kita buat sepanjang hari, tukar fokus. 


Kita semua ada brain behavior, dalam otak kita ni ada team ye, ahhh sudah makin complex pulak, team dalam otaklah pula, dah aku bagitahu in simple way. Bila kita buat brainstorming ni, senaraikan masalah, apa yang kita suka, apa yang kita tak suka, isu and anythinglah, kita dah dapat gambarkan in big picture kat mana factor yang kita perlu fokus, jadi aku fokus apa yang aku suka buat sepanjang proses ni. And it's really work for me for this time, aku pun tak boleh nak yakin sangat soon camne, doa jelah moga Allah lorongkan semangat dan rasa untuk aku teruskan even aku dah capai aku yang aku nak nanti. Yang sekarang aku fokus in small action yang aku boleh follow. Not all progress is tracked using scale, numbers, and result. We can feel it. Non scale victory memang hits different, macam aku, even tak naik penimbang aku tahu aku ada progress bila sarung seluar yang biasa aku pakai, baju aku pakai and that's enough for me.


Teringat masa aku joined program 3 bulan program kurus, punya eager aku nak share apa yang aku buat tapi tak boleh sebab ada syarat, boleh share gambar je, benda ni amanah jadi aku saved untuk diri sendiri ja, tapi stress weii, jadi kali ni aku rasa best sangat sebab aku boleh tulis apa yang aku nak luah setiap hari, apa yang aku rasa, yang aku lalui, wakakka. Apa ilmu yang aku ada, tahu, faham aku boleh share. Aku tak nak simpan sorang. Sebab aku pegang kata-kata cikgu aku masa sekolah rendah, apa yang kita tahu, faham, bila kita share ilmu tu lagi berkat, kita boleh amal. Ilmu ni kena amal, jangan simpan, kalau tak ia tak bermanfaat even untuk orang yang simpan tu. 


Korang, kadang kita tak perasan kita ni suka apa, ada orang suka share journey melalui video, gambar(makanan, selfie, whole body-tiap-tiap hari ambil gambar depan cermin), ada yang suka track peta dia run ke apa, buat! Buat apa yang korang suka, aku suka menulis panjang-panjang, jadi aku tulis. Perhatikan setiap kegagalan, pasti kat situ ad yang kita terlepas pandang, ada yang kita tak buat padahal kita suka (takut orang judge la, takut itu ini), macam-macam. Aku suka tengok yang mak share pagi-pagi buta lagi dia bangun bersenam, sebab tak nak anak ganggu, ada yang share cara dia masak masa diet, tu semua dalam tak sedar sebenarnya itu yang otak kita suka, boleh follow buat. Jadi buat! Buat apa yang korang suka, ada yang suka share ootd masa workout, ada suka share tempat dia pi briskwalk, ada yang suka ambil gambar view masa briskwalk, buat! Buat! Sebab dalam tak sedar tu lah yang motivasikan kita punya action (briskwalk). Hari ni aku try hayun 10kg kettlebell, rasa macam berdebar, aku target 21 kali ja hayun, sekali ambil, terus pergi 50kali hayun, perghh. Macam tak caya boleh buat. Ikut malas aku, nak jalan sekejap aje, sekali hmm. Jadi aku dah faham bagaimana inner though ni function, perghhh.


So bila orang cakap “Kalau kau tengah usaha nak losing weight, don’t tell people”, betul juga. Tapi ingat! this and that rules applicable depend on you. You know yourself better right. Jadi buatlah, nak rahsiakan pun takde masalah, memang orang boleh work in silence. Gituhh. Aku cemnilah, hari-hari update sebab aku tahu aku ja audience yang baca dan follow perkembangan sendiri, sebab aku fikir orang lain pun sibuk dengan diri sendiri, takde masa nak ambil tahu pasal orang lain. Be cringe, make your own space even like online diary, don't care who like or not sebab bukan tu yang kita nak kan? Macam aku buat ni, menulis setiap hari, sebab ni salah satu untuk aku release my emotion. Kalau ada pun baca online sharing cemni, moga yang baik-baik dan manfaatkan apa yang aku share, insyallah Amin yra.


Note
No need to be perfect, little better than before, then it's okay.