Posts about: MEROYAN

Meroyan merupakan istilah umum orang melayu terhadap perubahan emosi selepas bersalin. Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan rumahtangga dan perhubungan suami isteri.


Ramai mommy tak menyedari tempoh berpantang iaitu sejurus selepas bersalin adalah amat penting dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tak diatasi dengan sewajarnya wanita tersebut mungkin menderita seumur hidup.


Dianggarkan sehingga 85% wanita alami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun begitu kebanyakannya hanya mengalami pada tahap ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan.
Selebihnya ada yang mengalami tekanan emosi berpanjangan. Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan dalam 3 kategori.


Postpartum Blues
Masalah perubahan emosi yang normal dan tak serius. Masalah yang kerap berlaku selepas bersalin. Perubahan ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun, ia akan berkurangan selepas lebih dari 10hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti biasa.


"Dikalangan 1000 orang ibu yang melahirkan satu hingga dua orang boleh diserang psikosis."


Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu mendapat rawatan doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Difahamkan masalah ini boleh berlaku dikalangansatu bagi setiap lapan orang ibu yang melahirkan anak ataupun10 hingga 20 peratus dikalangan ibu yang hamil.


Masalah kemurungan ini kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas kelahiran anak. Kemurungan juga boleh terjadi kepada ibu yang kematian anak dalam kandungan atau keguguran. 

Awas mommy simptom meroyan boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Ambil tahu apa keperluan mommy ketika berpantang. Nantikan Tips untuk elak meroyan di next entri.


Postpartum Psikosis
Juga dipanggil gila merotan adalah tahap paling teruk kerana boleh melibatkan halusinasi dan delusi. Bermula dari perasaan tidak tenang, sentiasa resah, ragu-ragu, bercelaru, merepek dan mengeluarkan kata-kata yang sukar diterima akal. Emosi selalu berubah, sedih melampu dan sering menangis atau marah tanpa sebab.
A Better You Today. Theme by STS.