Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehinggan 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.
Keguguran boleh jadi satu pengalaman yang menyedihkan. Selain daripada kejutan emosi bagi anda dan orang tersayang, anda mungkin dapati simptom-simptom fizikalnya sukar untuk dihadapi. Ini bergantung kepada bila ianya berlaku.
Keguguran awal sangat kerap berlaku. Sering kali seorang wanita mengalami keguguran sebelum dia menyedari bahawa dia sedang hamil. Mungkin sebanyak tiga perempat telur disenyawakan agar gugur dalam hari-hari pertama kehamilan.
Punca keguguran berulang kali
Hanya dalam 50% kes sahaja, punca keguguran berulang kali ini boleh dikenalpasti. Antara punca keguguran berulang kali termasuklah:
a) Kromosom abnormal di dalam janin. Oleh itu, apabila bayi tidak normal, maka perkembangannya juga adalah tidak sihat dan risiko keguguran adalah tinggi. Dalam segelintir pasangan, terdapat masalah genetik pada pasangan tersebut. Ini berlaku dalam 3-5% pasangan yang mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ di mana salah satu pasangan pembawa kromosome yang seimbang e.g ‘Balanced reciprocal translocation’, ‘Robertsonian translocation’ atau ‘sex chromosome mosaicism’. Pembawa itu mempunyai luaran yang normal tetapi apabila ujian darah ‘karyotyping’ dilakukan ianya adalah abnormal.
b) Abnormaliti pada rahim seperti rahim yang mempunyai septa, fibroid, polyps atau parut di dalam rahim (‘intrauterine adhesion’). Ini semuanya akan menyebabkan masalah ‘implantasi’ embryo ke dalam dinding rahim. Pangkal rahim yang lemah yang dikenali sebagai ‘cervical insufficiency’ atau ‘incompetence’ hanya menyebabkan keguguran pada masa trimester kedua dan bukannya pertama.
c) Masalah antibody and immunologi. Antiphospholipid syndrome (APS). Sebanyak 5-15% peratus wanita yang mengalami keguguran berulang kali mempunyai kondisi ini. Ujian darah boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pasangan wanita tersebut mengidapi masalah tersebut.
d) Masalah Thrombophilia.
e) Masalah endokronologi seperti kencing manis teruk, polycystic ovarian syndrom (PCOS), thyroid (Hypo atau Hyperthyroid)
Bilakah patut saya membuat ujian sekiranya saya mengalami ‘Recurrent Miscarriage.’
Selalunya diagnosis ‘Recurrent Miscarriage’ ini hanya akan dibuat setelah mengalami keguguran berturut-turut sebanyak 3 kali. Akan tetapi, kadang-kala, doktor akan mula menyiasat punca keguguran setelah mengalami 2 kali keguguran berturut-turut.
Antara ujian-ujian yang elok dilakukan adalah:
- Karyotyping kedua-dua wanita dan pasangannya. Ini ialah untuk memastikan mereka adalah bukan pembawa genetik yang abnormal. Ini adalah ujian darah. Sekiranya dapat karyotyping janin yang gugur juga mungkin boleh dilakukan.
- Pemeriksaan rahim untuk sebarang abnormaliti. Ini boleh dilakukan sama ada dengan imbasan scan seperti transvaginal ultrasound, hysterosalpingogram (HSG), hysteroscopy atau MRI.
- Pemeriksaan Antiphospholid Syndrome dengan membuat ujian darah untuk ‘Lupus anticoagulant’ dan ‘Anticardiolipin Antibody’. Sekiranya ujian darah itu abnormal, ianya perlu diulang sekali lagi dalam masa 6-8 minggu berikutnya untuk memastikan ujian darah tersebut betul-betul adalah abnormal untuk membuat diagnosis Antiphospholipid Syndrome.
- Screening untuk masalah thyroid i.e ujian darah untuk TSH dan juga thyroid peroxidase antibody. Ada kajian yang telah menunjukkan yang wanita yang mengalami ‘subclinical hypothyroidism’ mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. (2)
Peluang menjadi seorang ibu sekiranya telah mengalami keguguran berulang kali
Walaupun lebih separuh dari pasangan yang mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ puncanya tidak dapat dikesan, akan tetapi majoriti pasangan tersebut mempunyai prognosis yang baik dan berjaya akhirnya untuk menimang cahaya mata mereka sendiri. Ini boleh dilihat dari graf di atas di mana wanita yang mempunyai latar belakang 3 atau 4 keguguran sekalipun masih ada peluang lebih dari 60% untuk hamil dengan sendirinya dan kemudian melahirkan kandungan tersebut.
Selepas mendapat ujian kehamilan positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku. Waktu inilah keguguran paling banyak berlaku.
Keguguran lewat pula tidak kerap berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira satu per seratus kehamilan. Kehilangan yang berlaku pada lewat kehamilan ini boleh jadi sangat sukar dihadapi. Dalam peringkat ini, kebanyakan ibu bapa, istilah 'keguguran' tidak sama rasa sedihnya seperti kesedihan mereka yang kehilangan bayi.
Setelah wanita mengalami keguguran berulang, ini bermakna mereka mengalami keguguran tiga atau lebih keguguran berturut-turut. Kebiasaannya walaupun hanya selepas keguguran pertama, kekuatan rahim pun sudah terjejas, jadi amat penting untuk anda menguatkan rahim untuk mengelakkan keguguran berulang.
Kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan.
