Hari ni rasa tak nak makan, pagi lagi biasalah, tengahari lain pula ceritanya jadi jangan percaya sangat. Tapi pagi hari ni aku buat peluh melalui kebun, squat lelama ni memang lain macam perginya tambah sambil merumput. Dapat control makan bila dah niat ni satu big achievement sebab kita bukan nak jaga in short period ja, tapi biar jadi lifestyle, habit dah, betul dak? Korang pernah bila dah kurus, orang tegur sakit ke? Mesti annoying kan? Gemuk salah, kurus salah, semua tak kena kat mata orang kan? Konsep berat badan ideal ni kena pegang satu ja, berat badan kita, badan kita tanggungjawab kita, orang komen itu tak kena, ini tak kena, lantakkan aje. Yang penting kita boleh rasa sendiri bagaimana bila badan kita fit dan punya stamina.
Berat badan terlebih ni memang beban untuk diri kita sendiri, mudah mengah, mudah letih, sakit sendi, sakit lutut, hilang yakin diri, mudah stress, emosi swing, etc banyak lagi senarai buruk bila berat badan lebih dari sepatutnya. Aku senaraikan tu antara yang pernah aku rasalah, Dan ia sangat tak okay. Kita sedang menipu diri sendiri bila cakap kita okay je, sedapkan hati padahal...faham-faham sendiri jelah. Macam jadi satu rantaian lengkap tapi dari sisi negatif yang memberi kesan fizikal dan mental.
Dopamine yang kita dapat biasa dari makananlah, kita rasa bila dapat makan puas-puas kita happy, tapi happy tu sekejap aje rupanya. Tapi kita ulang-ulang buat sebab homon dopamine ni memang kerja dia cemtulah, jadi aku ni antara salah seorang yang salah dalam menghasilkan hormon dopamine, melalui kepuasan makan. Lani dalam masa 14 hari dah aku sedang buat setting baru, dengan menukar cara hormon dopamine aku dihasilkan melalui makanan sihat, briskwalk/workout, tidur awal etc dan alhamdulillah aku suka dengan apa yang sedang aku lalui. Dan semua yang aku buat tu hasilkan pelbagai hormon, dopamin, sorotanin, endorphin, oksitosin. Sebelum buat semua ni hormon cartisol aku yang mendominasi diri aku, sebab tu muka puffy, cepat letih mood swing dan sebagai sebabnya adalah habit dan rutin harian aku lah.
Nak cerita bab hormon ni memang panjang berjela, cukup je kalau diri faham bagaimana nak control hormon kartisol ni, nak tak nak kena buat aktiviti yang baru bertentangan dengan habit lama kita, jadi bila hormon-hormon yang terhasil, balance insyallah semua akan duduk kat tempat yang ideal, tepat. So hari ni hari last aku makan mengarut sikit, weekdays strict menu back again, aku makan masih in portion, terkawal esok aku tak tahu lagi nak teruskan dengan formula mana satu. Tunggu update esokla ekk, yang hari ni guna cheatcode kitsui bellos fiber untuk flushing mana yang tak perlu. Masuk minggu ketiga perjuangan, moga Allah permudahkan, juga untuk korang yang in progress macam aku, seronok kan? Jalan istiqamah ni memang sulit tapi tak mustahil. Moga Allah pandu selalu Amin. Fighting!!!
