So hari ni, misi briskwalk kat pasir pantai,kononnya lah. Takde plan, sebab memang tak tahu nak pergi berkelah kat mana, hari ni memang kita ikut apa yang Allah atur saja, cuaca pagi pun mendung, cahaya matahari nampak celah-celah awan tebal, manja-manja cemtu je sinaran cahaya matahari. Balik kampung ni memang aku fokus kat briskwalk aje, sebab tu aje yang boleh buat dengan kekangan masa dan aktiviti yang mampu dibuat, kat kampung ni kalau plan banyak benda nak buatemang tak sempat. Itu akulah, sebab sehari-hari aku rasa penuh masa aku. Bab ulang dobi tu lagi situ pun dah makan masa,kihkih.
Dapat commit bab berjalan kaki pun aku dah rasa happy sangat sebab aku boleh buat apa yang aku nak buat. Dapat buat benda kita suka ni betullah dapat hasilkan dopamine semulajadi yang badan kita perlukan, hormon-hormon ni banyak pengaruhi badan kita berfungsi sebaiknya. Sama juga bab grounding, dapat betulkan balik cas-cas negatif yang overdose dalam tubuh badan kita, dapat sentuh tanah, rumput, pasir pantai, memang badan boleh rasa better. Aku selalu teringat satu video yang pernah fyp kat Instagram, dia cakap Allah ni dah bagi semua keperluan yang manusia perlukan tapi manusia banyak tak bersyukur tak manfaatkan apa yang dikurniakan. Cahaya matahari free aje, tapi berapa ramai elak diri dari kena cahaya matahari sedangkan vitamin D yang tubuh perlukan dari cahaya matahari. Kornea mata pun sama perlukan cahaya matahari. Badan kita ni key paling penting 'bergerak' untuk terus sihat, fit. Kisah ashabul kahfi bukan kisah semata, kenapa boleh tidur sampai beratus tahun tapi badan tak rosak, sebab Allah sentiasa badan mereka ketika tidur, even ketika tidur pun kena bergerak, apatah lagi yang celik mata ni.
Selagi boleh bergerak,let's move as much as we can, meh! Jangan tunggu dapat penyakit dulu baru nak bergerak. Mindset orang yang sihat dan sakit ni banyak beza, jadi sementara masih menikmati nikmat sihat ni marilah kita aktif bergerak.
