Alhamdulillah hari ni aku boleh restkan badan, time to manjakan tubuh badan sendiri. Punya payah nak dapat timing tepat untuk dapat slot mengurut. Antara aktiviti paling aku suka, mengurut dan bertungku. Rasa segala sakit badan, sakit urat, sakit sendi settle bila mengurut. Mengurut badan memang sakit, tapi after effect macam berjalan atas kapas, badan rasa ringan sangat. Lega banyaklah. Pepagi lagi aku dah ready nak tadah body aku kat tukang urut, punya lama benor tak mengurut, aku tak boleh tahan dah, do whatever you want je, asal badan aku rasa best. Meleleh air mata tahan sakit tapi sedap. Makin bertambah umur ni, memang akiviti yang satu ni tak boleh tinggal dah, at least dalam setahun paling minimum 3kali kena berurut. Kalau lebih dari tu lagi bagus.
Antara effect lepas mengurut memang rasa muka glowing sama lepas buat totok muka, perghh, sama dengan workout aku buat, yang ni kita bonus untuk diri sendirilah ek. Aku sukalah tengok artis CP Sarimah Ibrahim tu tiap kali dia workout, sebab glowing effect tu memang sebijik aku dapat feel. Balik dari mengurut memang aku balun tidur aje, lepas tu baru makan. Memang duduk kampung ni kerja menambah makan, fikir pasal makan, fikir nak makan apa, tu ja kerja tak kira rumah mak ke, rumah ma, dua-dua sama aje. Mana tak tembun, ayah aku pula asyik ulang, apa gemuknya macam tu, takde doh gemuk aihh, dia tak tahu timbangan ukuran pinggang aku tahap obese dah, hihiuu. Jadi mak-mak ni aku dah faham peel mak, ma aku kenapa begitu. Jadi kita layan jelah, selagi depa mampu masakkan untuk kita. Sobs.
