Posts about: HB RENDAH HAMIL



Pernah tak mommy dari berbaring, nak bangun berdiri rasa nak rebah atau nak jatuh, rasa pandangan malap tak malap cemtu? Atau dari duduk tetiba bangun rasa terhuyung-hayang. Haa, hati-hati tau mommy, tu antara tanda kita ada darah rendah. Tambah lagi mommy preggy kena alert betullah dengan benda macam ni sebab sangat merbahaya untuk mommy dan baby ok.





Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius. Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.




Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh. Apabila anda menghidap anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya, cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.




Kekurangan zat besi menjadi punca utama anemia. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoiesis, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS. Semua masalah itu boleh mempengaruhi pengeluaran sel darah merah seseorang.

Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Apabila usia kandungan semakin meningkat, isipadu darah juga bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku.





Siapa Berisiko Mendapat Anemia Semasa Hamil?



Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi jika anda:

Hamil anak kembar
Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah dekat
Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan
Hamil pada usia terlalu muda (remaja)
Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi
Sudah mengalami anemia sebelum hamil
Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi
Wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu,
Pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak,
Ibu yang sedang menyusukan bayi.



Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan
-Pucat, 
-letih dan lesu, 
-Sesak nafas 
-Jantung berdegup laju
-Pening
-Kulit, bibir dan kuku yang pucat
-Lemah
-Mudah Mengantuk




Kesan anemia terhadap kehamilan
Anemia atau masalah HB rendah yang agak kronik serta tidak dirawat semasa hamil boleh meningkatkan risiko sama ada kepada ibu atau bayi di dalam kandungan.

7 Risiko Anemia Terhadap Ibu
↬Mudah mendapat penyakit jantung
↬Mudah mendapat jangkitan
↬Jika berlaku pendarahan, keadaan akan menjadi lebih mudarat
↬Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.
↬Kemurungan selepas bersalin.
↬Kematian ibu (mohon dijauhkan-Nya. Risiko ini yang paling ingin dielakkan).
Koma

7 Risiko Anemia Terhadap Bayi
↬Bayi turut menghidapi anemia
↬kelahiran pra-matang (tidak cukup bulan) atau bayi mengalami kekurangan berat badan semasa lahir
↬Bayi mengalami masalah lewat perkembangan
↬Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.
Keguguran
↬Bayi meninggal di dalam kandungan (minta dijauhkan-Nya dan ini juga yang ingin dielakkan).
↬Bayi kecil, berat bayi ringan



Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil
Selalunya, untuk naikkan bacaan HB, darah perlukan lebih banyak Zat Besi, Protein dan Folate untuk pembinaan sel darah merah yang sihat dan Vitamin C diperlukan sekali untuk memastikan Zat Besi diserap sepenuhnya ke dalam sel badan. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi anemia semasa hamil, iaitu:


1. Menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu dan anak.Ini adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.

2. Rehat yang mencukupiPastikan ibu hamil mendapat rehat yang secukupnya dan tidor sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari.

3. Elakkan minum minuman yang berkafein, berkahobidrat, alkohol kerana ia boleh menganggu penyerapan vitamin atau ubat-ubatan.
4. Jangan stress

5. Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kerang, ikan, telur, bayam, paku-pakis, kekacang, sayur hijau dan sebagainya
6. Makan buah-buahan yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi seperti buah oren, jambu batu, betik, tembikai dan sebagainya
7. Ambil Suplemen untuk bantu HB Pastikan ambil suplemen yang Natural kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sintetik.



Nutrisi Shaklee membantu untuk naikkan bacaan HB


Ika sarankan kepada ibu hamil yang mengalami masalah anemia ketika hamil mengambil suplemen shaklee kerana suplemen shaklee bersifat natural. So macam mana mau naikkan bacaan HB dengan suplemen? Apa suplemen WAJIB yang perlu diambil? Jom lihat fungsi2 vitamin utk mengatasi anemia.

1. Vitalea With Iron Formula – merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi. Zat besi bergabung dengan protein untuk pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. 
2. B-Complex With Acid Folic – Asid folik (atau Folate B12) penting di dalam pembentukan sel darah merah. Folate dan Vitamin C bergabung untuk bantu sistesiskan protein dan menghasilkan protein baru yang digunakan dalam pembentukan sel darah merah. 
3. Vitamin C – Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi/iron. Lebih banyak iron diserap, lebih lancarlah penghasilan sel darah merah dan semakin normallah bacaan Hb ibu. 
4. ESP (Energizing Isolated Protien) – Hemoglobin sendiri terdiri daripada protein. Sel Darah Merah juga terdiri daripada Protein. Jadi, Protein berkualiti sangat penting dalam penghasilan sel darah merah yang sihat.

Ika recommended sangat mommy ambil SET WELLNESS SET atau SET HAMIL untuk melengkapkan nutrisi lompang semasa hamil kebanyakannya akibat cara pemakanan kita sendiri yang tidak seimbang. Apa yang mommy makan, itulah yang baby dapat. 


So,dapatkan Set Hamil  ini daripada Ika melalui dua cara;-
  1. Buat pembelian produk yang dipilih secara online di E-Sell Shaklee, (bayaran Debit Card & Credit Card diterima) atau, klik icon ESELL kat akhir entri.
  2. Whatsapp Ika melalui  icon whatsapp dibawah ok



 Rujuk cara order online disini atau atau boleh directly whatsapp Ika {klik ikon whatsapp}




A Better You Today. Theme by STS.