Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Masyaallah terjumpa artikel hebat dari Prof Muhaya, Ika wajib share supaya ramai yang dapat manfaat dari penulisan ni, sebabnya ramai antara kita masih terkongkong dalam pemikiran yang sempit, negatif dan terlampau takut dan tidak yakin bertempat. Ika baca banyak buku tentang rezeki tapi Masyaallah sentapnya bila dijentik ayat-ayat yang sangat tepat tapi kebanyakan kita ego untuk menerima hakikat diri, sebab kita rasa kita dah tahu. Soalan yang paling Ika sangat terkesan, bila ditanya seorang ustaz, untuk apa kita solat? Kenapa kita sujud setiap hari?Soalan bukan sekadar persoalan, tapi bila dikupas mendalam menitis air mata. Betullah kadang tahap keyakinan kita kat Allah ni setakat mana? Kita kena refleks diri sendiri. Betul-betul yakinkah, atau ada was-was, atau takut-takut? Kehidupan yang positif, tenang dan bahagia itu sebenarnya datang dari solat kita. Allahu. SEMUA orang mahukan hasil kehidupan yang baik/positif; hidup dalam tenang, bahagia, sihat dan memiliki wa...