Posts about: PARENTING

Anak siapa yang tak pernah bergaduh? Ada ke? Ada kot, anak-anak Ika ni kalau bab gaduh dalam sehari wajib ada kot scene ni, tak kat meja makan, kat bilik air, tak pun dalam kereta, tengah main elok-elok dan dan nak juga ada part bergaduh ni. Tu sebablah rumah ni tak pernah sunyi dek karenah depa ni. Kalau kerap bergaduh naya jugak ye, nauzibillahiminzalik mintak jauh anak-anak bergaduh sampai ke tua. Masa diorang budak-budak ni okay lagilah boleh kita tanam Nilai yang betul bila alami situasi konflik. Kalau tak pergaduhan tu akan melarat-larat nanti. Pastilah kita nak anak-anak jadikan adik beradik diorang ni bestfriend ever sampai ke tua kan? Orang yang banyak berkongsi susah payah senang tenang antara adik beradik, kan? Sebab air yang di cincang takkan sesekali putus begitulah perumpamaan adik beradik, buruk baik tara mana adik beradik terima seadanya. So anak-anak yang suka bergaduh sayang tu boleh atasi dengan sedikit tips ringkas, bukan mudah nak leraikan pergaduhan anak-anak ni kalau tak kena cara. Memiliki adik beradik bermakna mereka perlu beraaing sesama sendiri untuk mendapatkan perhatian daripada ibu apa atau apa jua yang mereka perlukan dan inginkan. Pergaduhan yang tercetus kadang-kadang tidak terkawal, maka tips ini mungkin membantu anda. 







1. Jangan sesekali membandingkan anak-anak anda untuk antara satu sama lain atau dengan kanak-kanak lain. Kita orang dewasa ni pun tak sukan kan bila ada yang cuba compare kita dengan orang lain. Fokus akan kelebihan masing bila cuba leraikan atau bagi dorongan kat anak-anak. Kita pun sejuk hati kalau orang perasan dan teliti akan kelebihan kita samalah juga keadaannya dengan anak-anak. 

2. Cuba beri perhatian kasih sayang sama rata untuk setiap anak, jangan nampak kita beza kan diorang, kalau puji, puji juga yang lain ikut apa kelebihan yang diorang miliki, atau puji perbuatan anak-anak. Kanak-kanak yang berasa di sayangi dan di Terima seadanya cenderung untuk bersopan santun dan sentiasa bersikap positif. 

3. Sentiasa mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca atau me lukis agar mereka tidak mudah merasa bosan dan tidak menumpukan kepada pergaduhan sesama mereka. 

4. Pastikan anak-anak anda masing-masing mendapat ruang peribadi yang cukup. Jika mereka berkongsi bilik cuba wujudkan sesuatu untuk menunjukkan kawasan peribadi masing-masing. Paling tidak cat garisan ke bawah ditengah-tengah lantai dan menetapkan perabot untuk dua ruang yang berasingan dalam bilik yang sama, ini tidak dapat tidak sikap individual masih kuat dalam diri kanak-kanak, kita sebagai orang dewasa kena meningkatkan sentiasa kebaikan berkongsi antara adik beradik. 

5. Pastikan anak-anak letih dan lapar diasingkan antara satu sama lain untuk mengelakkan situasi yang mewujudkan pergaduhan. Pastikan anda tawarkan imbalan atas inisiatif mereka berkelakuan baik sepanjang duduk dalam kereta (contoh, jika Azra dan Ahmad duduk elok elok dalam kereta, suasana bagus dan aman dalam kereta, berkawan baik-baik, mama bawa pergi taman). 

6. Kurang kan beri tanggunjawab anak yang lebih tua kepada adiknya. Jika dia cuba menguatkuasakan peraturannya sendiri katakan padanya "Terima kasih Ahmad kerana bantu mama, sayang anak mama". Pasti hati anak anda gembira dan dia menghargai ucapan anda. 

7.mengajar sikecil asas rundingan dan kemahiran menyelesaikan masalah yang dipandu dengan konsep menang-menang. Sebagai contoh bab menunggu giliran untuk menggunakan telefon atau melihat cerita kegemaran masing-masing memerlukan penyerapan asas diplomatic dan tolak ansur untuk mengelakkan pergaduhan. 

8. Kuatkuasakan undang-undang di rumah Contohnya "kita tidak memanggil orang nama yang tidak baik, kita kena jawab pertanyaan baik-baik dan melayan adik-adik dengan sopan. Jangan sesekali berkasar dengan orang lain. Bina hubungan yang baik antara mereka dengan memberi contoh bagaimana berinteraksi dengan baik. Kalau mood tak nak layan orang lain, nak tolak baik-baik macam mana. Yelah budakkan ada masa mood tak nak main dengan yang itu ini, so kena bagitahu bagaimana nak tolak permintaan dengan baik. 

9. Elakkan menghukum simanja secara fizikal dan sebaiknya berusaha memberi respons positif bukannya me jerit, memukul atau mendenda. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang di hukum adalah lebih mudah marah, lebih cenderung untuk melawan antara satu sama lain dan mengulangi perbuatan tersebut. Sebaliknya guna disiplin yang lebih positif hubungan anak-anak dengan anda supaya mereka sendiri mahu berkelakuan baik dan memberikan satu contoh yang baik dalam mengendalikan emosi terutamanya bila dalam emosi marah. 

10. Empati dengan perasaan si manja anda dan huraikan dengan sebab dan akibat. Kanak-kanak berhak untuk Memiliki perasaan mereka sendiri. Cuma pastikan kemarahan diluahkan pada saluran yang betul. Sebagai contoh katakan kepada si manja jika dia bergaduh dengan adiknya, mungkin adiknya tidak akan sayangnya dan dia akan kehilangan kawan untuk bermain. Memupuk Empati dalam anak-anak dengan mengulas perasaan anak-anak lain. Sebagai contoh "tengok Azra dah sedih dah dia, merajuk sebab abang Ahmad marah dia tadi, kalau tak suka adik Azra usik barang abang cakap baik-baik dengan dia, jangan marah-marah, jomlah kita pujuk dia, nanti abang bagitahu dia elok-elok kenapa tak boleh usik barang abang". Tindakan berempati kepada mereka adalah asas membangunkan sifat Empati dalam diri. Cuba Didik bagaimana mereka letakkan diri sendiri dalam keadaan orang lain contoh "abang Ahmad suka ke orang cakap macam tu kat abang Ahmad bila abang Ahmad mintak elok-elok? Mesti tak suka kan, macam tulah adik rasa bila abang marah-marah?". 

11. Cuba wujudkan rasa Saling menghargai didalam rumah. Anda sendiri sebagai ibu bapa perlu bercakap mengenai hal yang positif kerana orang yang positif akan berasa tenang dan menarik hal-hal yang positif yang berada di sekelilingnya. Berlaku adil dengan mendengar cerita dari kedua-dua pihak ini bagi mengelakkan andaian dalam hati anak-anak bahawa anda pilih kasih. Didik anak-anak bagaimana jadi pendengar yang baik dan mengadihi adik-beradik. Katakan kepada anak-anak bahawa pergaduhan dan marah-marah tidak baik untuk kesihatan. Allah tak suka dan itu adalah sifat syaitan, muka cepat berkedut-kedut dan cepat tua. 


Itulah antara tips ringkas yang anda boleh apply bila anak-anak bergaduh ni, yelah tu pun memang antara proses diorang akan lalui untuk membentuk jati diri mereka nanti, seiring dengan apa yang kita tanam nilai dalam diri mereka. So mak-mak nak menghadapi situasi sebegini sehari-hari memerlukan emosi yang tenang, terkawal. Nutrisi yang baik juga membantu ibu-ibu kat rumah chill je hadap anak-anak bergaduh. Nak tahu rahsianya?Haa, Vitamin B complex antara salah satu nutrisi yang sangat penting untuk kesihatan emosi kita. Tak cukup yang ni mood swing, mudah tak stabil, naik angin dan marah-marah selalu. Kebaikan Vitamin B ni terlalu banyak. Kadang-kadang dengar a anak bergaduh ni buat mak-mak stress.


TANDA-TANDA STRESS
Stress terbahagi kepada 4 bahagian:-

FIZIKAL – Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

MENTAL – Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran, dan tidak boleh berjenaka.

EMOSI – Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

PERANGAI – Keluh kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan mengoyang- goyang kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit maki hamun, mengungkit-ungkit, menyalahkan orang lain dan bertindak agresif.

• Denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak,otot dan jantung)

• Gula,lemak dan Kolestrol di dalam darah akan bertambah ( untuk memberi lebihan tenaga kepada badan)

• Pernafasan seseorang akan lebih laju ( untuk menyalurkan lebihan oksigen yang di perlukan. 

Stress dan depress berbeza tau, tapi ianya berkait dengan emosi dan mental.

Antara sumber alami yang anda boleh amalkan adalah dari pemakanan. Vitamin B kaya dalam makanan berikut:-


BAGAIMANA B-COMPLEX MEMBANTU? 
Apa berlaku bila kita dalam keadaan Stress? 


Bila dalam keadaan stress, badan memerlukan lebih banyak tenaga dan bila kita kekurangan vitamin B yang kronik, kalenjar adrenal dipaksa untuk hasilkan hormon edranalin dengan segera untuk bantu badan cope dengan keadaan stress tu. 

Apa jadi kalau kalnejar adrenal ni terus menerus dipaksa untuk keluarkan hormon edranalin?

Aliran hormon adrenalin yang berlebihan boleh menyebabkan saraf kita akan kacau dan akhirnya kita rasa letih, sampaikan benda-benda yang kecil pun boleh menimbulkan ketakutan yang amat.

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Banyak keperluan vitamin b complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, nak cantik kita tak boleh stress, nanti nampak tua, so ambil b complex untuk kawal kita punye stress.. selain tu b complex juga membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik dan macam – macam lagi.

BComplex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

Vitamin B1
• mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma. 
• melegakan simptom kemurungan ~ diperlukan untuk membantu menukar karbohidrat yang kita makan menjadi glukosa, penting untuk kawalan gula darah, ini mempunyai kesan besar pada tahap keresahan


Vitamin B2
• mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik. 
• ‎ membantu mengurangkan gejala tekanan fizikal yang biasanya sakit kepala dan kemurungan ~ meningkatkan keupayaan sistem imun untuk menangkis tekanan dan keresahan ~ yang diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga


Vitamin B3
• mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 
• ‎dalam pembinaan neurotransmitter, serotonin, yang membantu kita bertindak balas terhadap keadaan yang tertekan ~ diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ membantu menjaga kulit, sistem saraf, dan sistem pencernaan yang sihat


Vitamin B5
• mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang. 
• ‎penting dalam berfungsi dengan sempurna kelenjar adrenal, yang bertanggungjawab untuk penghasilan hormon yang mengawal tekanan ~ membantu dalam pengeluaran asetilkolin di otak, neurotransmitter yang menguruskan tumpuan dan tumpuan di otak dan mengurangkan rasa bimbang ~ diperlukan di tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan normal


Vitamin B6
• penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
• ‎ diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ membantu badan memecah protein dan membantu mengekalkan kesihatan sel darah merah, sistem saraf, dan bahagian sistem kekebalan tubuh


Vitamin B7 
• diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ membantu memecah protein dan karbohidrat dan membantu badan membuat hormon


Vitamin B9 
• membantu dalam mengurangkan kesan homocysteine ​​di dalam otak, hasil sampingan dari beberapa proses otak yang mempengaruhi bagaimana seseorang mengendalikan keadaan tekanan (homocysteine, adalah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, strok, kanser, dan penyakit Alzheimer) ~ membantu sel-sel dalam badan membuat dan menyelenggara DNA dan penting dalam pengeluaran sel darah merah


Vitamin B12 
• meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual. 
• ‎ memainkan peranan yang penting dalam berfungsi dan kesihatan saraf yang tidak mencukupi untuk vitamin B12 boleh menyebabkan kerengsaan, kekeliruan, kebimbangan dan tekanan ~ Vitamin B12 diperlukan untuk fungsi mental yang biasa, dan tahap rendah dapat meniru kepincangan ~ memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan ~ juga mempunyai bahagian dalam menghasilkan sel darah, dan bagaimana tubuh menggunakan asid folik dan karbohidrat


Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit


Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya.


Haa, jangan di pandang enteng keperluan vitamin B dalam diet seharian. Dr. Hamid Arsyat pun pernah menyatakan dalam artikelnya vitamin B ni vitamin yang wajib diambil setiap hari untuk sepanjang hayat terutamanya orang wanita, sebab wanita dan emosi berpisah tiada, kekuatan seorang wanita adalah emosinya. Nak kesihatan emosi yang baik, bagi nutrisi terbaik untuk tubuh badan.




Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?

Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement

Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 
A Better You Today. Theme by STS.