A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENYUSUAN

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Perlukah Suplemen Untuk Banyakkan Susu?

ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu Dalam banyak keadaan, anda tidak memerlukan suplemen untuk banyakkan susu. Ini kerana susu banyak adalah disebabkan permintaan (demand) yang banyak. Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu akan bertambah. Jadi apa perlunya suplemen untuk ibu menyusu? Betul, suplemen tidak perlu untuk ibu menyusu, tetapi ibu menyusu masih perlukan suplemen untuk: Jadikan susu berkualiti agar bayi mendapat khasiat nutrisi sepenuhnya Menjaga kesihatan ibu Memberikan tenaga kepada ibu supaya dapat menghasilkan susu Memberikan perasaan gembira kepada ibu agar mudah menghasilkan susu Analogi sebuah kilang yang menghasilkan sesuatu produk memerlukan segala keperluan yang lengkap untuk membolehkan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapka, kurang sesuatu bahan atau barang maka hasilnya juga terjejas begitu juga susu ibu, jika tubuh badan ibu sendiri ytak cukup nutrisi susu yang dihasilkan ibu mungkin tidak cukup nutrisi yang diperlukan ...

A-Z Teknik Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu perahan perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah. Kenangan pahit manis Ika semasa anak pertama, stok susu rosak akibat ketiadaan eletrik selama 2 hari, stok susu pula banyak, sudahnya hampir dua besen besar yang mengandungi 12oz setiap plastik stok susu semua terpaksa dibuang, menangis oii tengok susu sebegitu banyak kena buang, bukan senang nak kumpul buat stok, sebab perahan susu tu berpakej tak cukup tidur, bengkak susu, letih penat dan semuanya berkumpul dalam satu dalam setiap satu plastik tu. Tulah dipanggil ujian, kadang nak ajar supaya kita tak putus asa dan lebih kental. Masa tu pula terbaca kisah pemandu pesawat tentera wanita yang gigih buat stok susu ibu even duduk kat atas awan, uiii lagi gigih kalau baca geng berkerjaya buat stok susu, punya usaha diorang nak anak dapat susu ibu tu,so yang pernah cuba menyusu badan gagal buat kali pertama, insyaallah next jou...

Tips:13 Petua Atasi Bengkak Susu

Untuk mommy yang menyusu buat pertama kali bila payu dara bengkak adalah perkara positif iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan hormon lacta(hormon susu) yang banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Betullah, pengalaman Ika menyusukan anak pertama memang Harraz tak nak menyusu badan, so memang Ika buat pumping je untuk stok. Struggle sangat, setiap dua ke tiga jam setiap hari sepanjang pantang dan habis pantang Ika bangun setiap malam, memang tak miss. Tapi hasil pam waktu awal pagi hingga ke subuh tak pernah mengecewakan, 12oz pasti dapat. Tapi itulah sebab tak tahan kepenatan, Ika hanya mampu susukan Harraz hanya 6bulan pertama sahaja secara eksklusif. Banyak juga kesilapan sendiri yang Ika belajar sepanjang tempoh penyusuan kali pertama menyusukan badan untuk anak termasuk buat anak confuse sehingga menolak untuk direct feeding. Silap juga tak directly jumpa pakar laktasi masa tu untuk atasi terus masalah keliru puting...