A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SOKONGAN SUAMI

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

SOKONGAN SUAMI KETIKA HAMIL

Ika pernah tau masa mengandung anak sulung menangis je kerjanya, setiap malam bantal tidur basah, air mata menjejes takde pepasal, takde kes apa-apa. Suami lambat jawab soalan pun sensitif bagai, suami tidur awal dari kita menangis, suami makan tak habis menangis, part merajuk jenuh nak senaraikan. Patutlah anak sulung daku cengeii sikit perangai, menurun maknya masa mengandung, huu. Ada benarnya mommy kena jaga peel perangai masa preggy ni kan? tapi tu lah hormon tengah kacau bilau kan, hehee. Bagi sesetengah suami, seorang wanita sudah cukup ‘complicated’ dan sukar difahami, terutamanya apabila datang bulan. Cepat marah, meroyan tak tentu pasal. Tapi, itu baru seminggu. Apabila mereka hamil, dapatkah anda bayangkan ‘roller coaster’ itu selama 9 bulan? CEPAT MARAH? CEPAT PENAT? Tentu anda pernah mendengar amaran-amaran bahawa orang mengandung ni tak elok ditegur sesuka hati. Perubahan hormon menjadikan emosi mereka sangat sensitif dan kadangkala bermacam-macam benda...