Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Bila hamil kebanyakan self esteem mommy turut merudum akibat perubahan hormon. Ada yang kulit jadi sangat sensitive, jerawat naik berjemaah, kulit makin gelap, kusam, dan sangat kering. Sangat menyakitkan mata kan?Baru bab kulit kan, tapi disebabkan bayi dalam kandungan menjadi keutamaan, mommy boleh berkompromi malah dengan selulit diseluruh badan, kan?
Jika dibiarkan berlarutan sememangnya masalah ini berlarutan sehingga habis berpantang. Sebenarnya, masalah ini berpunca dari nutrisi yang tak mencukupi mengikut keperluan badan si ibu, kerana nutrisi ketika hamil diperlukan berganda dari kebiasaan. Mommy boleh kurangkan segala masalah dengan mencukupkan keperluan nutrisi harian sahaja! Betulkah?Iyye betul.
Ambil vitamin C setiap hari
Keperluan vitamin C dalam menu seharian jangan sesekali diabaikan lebih-lebih lagi vitamin C punya sifat anti-oksidan yang tinggi.
Badan manusia tak boleh menyimpan vitamin C dalam tubuh, maka ianya perlu diambil setiap hari. Sumber vitamin C sangat banyak, tunggu mommy ngapp je.
Vitamin B untuk bayi dan mama
Perasan tak bila start hamil asid folik is a must. Sebenarnya sebelum hamil lagi keperluan vitamin B sangat penting, kerana urat saraf berfungsi dengan baik bila vitamin B mencukupi keperluan badan. Begitu juga vitamin B ini penting untuk bayi berkembang sempurna.
Bila vitamin B cukup, kulit pun mendapat bonus untuk kekal lembap dan sihat. Bukan susah untuk dapatkan vitamin B seharian, cuma ianya sensitive dengan suhu masakan yang akan mengurangkan nutrien.
Kekal dehidrasi.
Tahukah kebanyakan ibu mengalami kencing kotor akibat kekurangan minum air yang sedikit untuk mengelakkan berulang alik masuk ke tandas tanpa sedar ianya mengundang risiko lain.
Cukup kan minum air paling minima 1.5liter seharian. Mudah tapi tak semua mampu buat melainkan disiplin tinggi untuk ubah rutin pemakanan. Air yang cukup mengelakkan kulit dari kering.
Protein
Protein adalah sumber paling asas untuk keperluan sel kulit, kerana ianya membantu menggantikan sel yang mati, membantu membina sel baru. Sekiranya keperluan protein tidak mencukupi, kulit anggota badan paling besar mudah nampak kering,kusam dan sensitif dengan keadaan persekitaran. Sumber protein boleh diperoleh dari daging, telur etc namun protein dari tumbuhan jangan diabaikan.
Magnesium untuk kulit
Magnesium membantu anda untuk tetap fit, muda dan energik. Kurangnya kandungan mineral dapat memberi kesan buruk buat kulit. Magnesium dapat membersihkan dan mendetoksifikasi kulit. Magnesium meningkatkan hidrasi kulit yang meningkatkan produksi kolagen yang akan membuat anda awet muda.
Ulasan
Catat Ulasan