Berpantang Rumah Mak atau Mertua Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Berpantang Rumah Mak atau Mertua

Ini isu panas dan hangat dikalangan mommy kan?


Sedih jugak baca luahan mommy yang terpaksa berpantang tanpa kerelaan dirumah mertua disebabkan desakan suami, atau dalam keterpaksaan. Kebanyakan isu yang timbul adalah ketidakselesaan bila berpantang tambah lagi kalau ada biras dan ipar duai didalam rumah tersebut.


Keselesaanlah faktor utama yang paling penting bila nak berpantang.


Kita selesa nak tidur baring bila-bila masa. Kita selesa bila-bila nak masuk keluar dapur. Kita selesa nak menyusukan anak bila-bila masa. Kita selesa nak makan bila-bila masa. Kita boleh sesuka hati kita nak buat apa ikut keselesaan diri kita bila duduk rumah mak sendiri berbanding mertua.
Kadang kita tak nak menyusahkan mak mertua dan paling nak jaga adalah hati mak dan mak mertua. Kita tak nak menyusahkan mak-mak yang makin dimamah usia.


Tapi bila bab pantang, semua dalam dilema kalau suami masuk campur guna kuasa veto tanpa bertanya dahulu kepada isteri akan kemahuan bila berpantang. Terpaksa turutkan semua permintaan suami tanpa berbincang terlebih dahulu.


Ika dulu ingat lagi memandangkan bapa mertua tengah sakit kalau boleh memang tak naklah duduk rumah mertua sebab fikir mak mertua dah sibuk tambah plak kita menyibuk, lagi kesian. Syukur sangat dah masa tu sebab boleh fokus berpantang kat rumah mak.


Tapi disebabkan permintaan mak dan bapa mertua nak tengok cucu setiap minggu terpaksalah berulang alik setiap hujung minggu semata-mata nak jaga hati mertua, tambah lagi tengah sakit. Ikutkan hati Ika sendiri memang tak naklah ulang alik macam tu, yelah diri sendiri pun tengah recover lagi, tapi itulah pengorbanan seorang isteri. Nasib baik suami pun faham, so takdelah biar bini sorang mengadap situasi cemtu. Lagipun sentiasa ingat pesanan ayah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum, pandai-pandailah sesuaikan diri dengan situasi. 


Ika anggap tu jelah masa yang ada untuk mereka. Sama macam mak ayah kita sendirilah keluarga mertua ni. Kenangan masa berpantang. Teringat plak kat arwah abah. So tak salah pun berkorban untuk mereka, sebab kita pun tak tahu sampai bila boleh tengok wajah mereka. Alhamdulillah mak mertua Ika memang dari syurga dan sentiasa buat terbaik untuk anak menantu, cuma Ika lah kenkadang rasa segan sangat sebab rasa menyusahkan orang. So tu sebab lebih senang berpantang kat rumah mak sendiri, tu pun rasa serba salah jugak sebab still susahkan mak ayah

Tapi Ika ingat lagi pesanan ayah "masa mak ayah ada ni, baliklah berpantang kat kampung walaupun mak ayah tak larat dah jaga, boleh tengok anak depan mata berasa lega dah", hihi tu sebab Ika ingat pulun beranak selagi mampu, at least sempat lagi balik pantang kat kampung. So tu sebablah Ika bertimbangrasa untuk berpantang rumah mak mertua jugak sebab feelingnya mestilah sama dengan mak ayah kita rasa.



Bila anak dah mula sekolah semuanya, tak lain tak bukan memang kena pantang sendirilah nampak gaya, melainkan waktu berpantang tu cuti sekolah, hehe. Tak gitu mommy?.


Berpantang rumah mak atau rumah mertua adalah pilihan masing-masing. Pilihlah yang mana mudahkan kita, selesakan kita sebagai ibu yang tengah berpantang. Kita tak nak pantang dalam keadaan stress emosi dan perasaan.


Emosi dan perasaan tu datangnya dari faktor sekeliling jugak, sebab tu bila dah hamil, bincang dan rancang awal-awal bagaimana tempoh berpantang yang kita mahukan, dan suami pun kenalah faham situasi isteri yang luka emosi fizikal selepas bersalin. Jangan memaksa isteri dan berbincang secara dua hala supaya tiada salah faham dan tercalar emosi antara satu sama lain. Dua minggu pertama selepas bersalin adalah tempoh kritikal isteri selepas bersalin untuk pulih, sebaiknya ikutlah apa yang isteri selesa dan memudahkan tempoh penyembuhannya.

Lepas tempoh 40hari tu suruhlah isteri nak duduk selama mana pun rumah mertua, kerana tak semua mertua dapat memahami ketidakseimbangan hormon wanita yang lepas bersalin walaupun diri sendiri pernah alami dulu. Kalau tak takdelah bersepah luahan kat group rumahtangga, group ibu-ibu.


Ika hanya fikir suatu hari Ika pun bakal jadi mak mertua orang, sebolehnya kita tentulah nak buat yang terbaik untuk anak cucu kita. Moga-moga Ika jadi mak mertua yang berlapang dada dan tak kisah atau tak cepat ambil hati sekiranya menantu tak nak berpantang dengan mertua, sebab tu pilihan masing-masing.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...