Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
“Eh, kenapa ada macam kesan kecoklatan ni? Darah ke? Ish, hari tu doktor pesan kalau ada pendarahan ketika hamil ni kena terus pergi hospital. Patut ke pergi sekarang?”
Apabila anda dah disahkan hamil, secara logiknya memang tidak akan berlaku lagi‘period’ atau haid sampailah selepas bersalin. Ini kerana, proses menstruasi terjadi akibat luruhan dinding rahim yang sedang dipersiapkan untuk menerima sel telur. Apabila tiada sel telur, maka lapisan tersebut akan menjadi darah haid. Pengalaman Ika bab spotting yang paling teruk masa kehamilan nombor dua. Masa tu lama tak datang haid lepas bersalinkan Harraz, sebab ingatkan hormon orang menyusu badan. So bila datang haid selepas 6-7 bulan umur Harraz macam tu, Ika pelik jugak sebab masa tu memang cucuk perancang dalam masa yang sama. Takde fikir apa, cuma darah turun hingga hari ke7, normal kitaran Ika.
Until terdetik dalam hati sebulan lepas tu rasa macam nak check, memang positif. Apalagi terkejutlah sebab memang tak ready pun nak mengandung lagi dalam masa terdekat, ceaser kot? So, nak tak nak pergi klinik sahkan, doktor cakap dalam 3 bulan cemtu sebab Ika takde tarik spefisik bila datang haid bebetul melainkan yang tetiba tu. Lepas 3 hari buat check up, brown spotting terjadi, so rasa macam tak sedap hati, pergi klinik lain buat ultrasound terus. terkejut macam gempa bumi dah tengok budak dalam perut dah sebesar alam rahim, tengah aktif bergolek sini sana, 6 bulan dah rupanya, hahha, cerita ni memang tak kelakar, telefon bagitahu mak pun menangis-nangis, 2 minggu kot kemurungan daku.
Apapun redha tahap tertinggi dah, terus set dalam minda nak beranak normal VBAC lepas dapat tune balik. Tapi nak cerita bab spotting ni jangan dibuat main, sebab masa tu lah Ika dapat tahu rahim Ika dalam kedudukan rendah, tambah lagi history bersalin bayi pra-matang, mana tak nangis, takut berulang episod NICU yang pahit. So bab spotting ni kena terlebih alertlah, in case kita dapat beringat-ingat.
So mommy kena ambil tahu juga antara punca spotting ni berlaku even brownish atau fresh blood. Kes Ika memang Allah betul-betul nak bagi, alhamdulillah eventhough bleeding 7 hari berturut-turut malah turun darah beku sebesar dua tapak tangan masa tu pada hari pertama, punya positif tu darah haid lama tak keluar, alhamdulillah tak jadi apa-apa yang mengancam kesihatan bayi dan maknya, Allahuakbar, antara tanda kebesaran Ilahi. So mommy check this out kenapa berlaku spotting:-
8 SEBAB BERLAKUNYA ‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL
Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada usia kandungan. Ia boleh dikategorikan kepada 2 – iaitu pada awal kehamilan danpertengahan / akhir kehamilan.
I) PENDARAHAN SEMASA TRIMESTER PERTAMA
Pendarahan ringan (‘spotting’) mahupun pendarahan yang banyak pada awal kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
1. IMPLANTATION BLEEDING
Anda mungkin akan mengalami sedikit spotting dalam masa 6-12 hari selepas disahkan hamil akibat ‘implantation bleeding’.
Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim. Kadangkala ada yang ingatkan pendarahan ini sebagai ‘period’ dan tidak menyangka bahawa mereka sedang hamil.
Namun, berbanding darah haid, pendarahan akibat proses tempelan ini tidak banyak dan hanyalah berlaku dalam masa 1-2 hari.
2. KEGUGURAN
Kes keguguran paling banyak berlaku pada awal kehamilan, iaitu trimester pertama. Jadi, pendarahan yang berlaku ketika ini perlu sentiasa diberi perhatian yang khusus.
Seelok-eloknya anda perlu peka dengan kitaran haid supaya anda dapat mengesan kehamilan seawal mungkin. Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa mereka sedang hamil dan tidak menghentikan pengambilan herba atau ubat-ubatan yang mungkin membahayakan kandungan.
3. JANGKITAN
Sebarang jangkitan pada bahagian serviks (pangkal rahim), vagina, atau jangkitan STD seperti herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.
4. KEHAMILAN LUAR RAHIM
Kehamilan luar rahim atau kehamilan ektopik berlaku apabila embrio menempel pada bahagian luar rahim ibu.
Jika proses ini tidak dikesan awal, ia boleh membesar hingga menyebabkan kerosakan pada tiub Fallopio lalu mengancam nyawa ibu,
Antara simptom lain bagi kehamilan luar rahim adalah rasa ‘cramp’ atau sakit pada bahagian abdomen dan pening kepala. Namun, kebarangkaliannya untuk berlaku adalah rendah – iaitusekitar 2%.
5. KEHAMILAN MOLAR
Kehamilan molar atau ‘gestational trophoblastic disease’ adalah keadaan di mana tisu abnormal tumbuh di dalam rahim wanita.
Walaupun ia jarang berlaku, namun dalam sesetengah kes terpencil, ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain seperti kanser.
Antara simptom lainnya termasuklah muntah-muntah dan loya serta peningkatan saiz rahim pada kadar yang cepat.
6. PENDARAHAN PLASENTA
Subchorionic hemorrhage adalah pendarahan yang berlaku sekeliling plasenta. Selalunya kes ini tidak akan berpanjangan dan ibu masih boleh melahirkan secara normal. Namun, perlu sentiasa dipantau dan berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.
II) PENDARAHAN SEMASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA
Apabila berlakunya pendarahan ketika hamil di trimester kedua atau ketiga, mungkin mengalami komplikasi seperti berikut:
1. PLASENTA PREVIA
Keadaan di mana plasenta atau uri menutupi ‘jalan’ untuk bayi keluar secara normal melalui rahim juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan.
Betapa seriusnya keadaan ini bergantung kepada tahapnya yang boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Dalam keadaan yang tidak serius, anda masih boleh melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi.
2. PLASENTA TERTANGGAL
Plasenta tertanggal atau ‘plasenta abruption’ boleh menyebabkan pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan. Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.
3. KELAHIRAN PRA-MATANG
Pendarahan ketika hamil dalam trimester kedua atau ketiga perlu dipantau dengan serius. Lebih-lebih lagi jika ia turut disertai dengan kesakitan. ‘cramp’, cirit-birit, tekanan pada pelvis, atau sakit belakang.
Sebelum masuk minggu ke-37, bayi masih belum matang dan perlu diberi perhatian khusus jika berlakunya kelahiran pramatang. Namun, jika berlaku selepas minggu ke-37, ia adalah tanda-tanda bersalin yang normal.
JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK KE HOSPITAL
Jika anda biasa menjalani pemeriksaan berkala di klinik kesihatan kerajaan, mereka akan menasihatkan anda untuk tidak berlengah ke ’emergency room’ apabila mendapati berlakunya pendarahan, terutamanya pada trimester pertama.
Ini kerana, trimester pertama adalah tempoh yang paling kritikal dan paling mudah berlakunya keguguran.
Sebagai alternatif, anda juga boleh merujuk kepada Pakar Sakit Puan untuk tindakan selanjutnya. Biasanya anda akan diperiksa dengan lebih lanjut melalui imbasan ultrasound melalui perut atau faraj untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi.
Kredit: siraplimau
Set hamil Shaklee sangat sesuai untuk ibu-ibu yang banyak mengalami masalah ketika hamil seperti darah rendah, kekurangan nutrisi, bayi berkembang tidak mengikut umur sepatutnya, bayi pramatang, rahim rendah dan pelbagai 1001 masalah ketika hamil, set ni Ika berani recommend dan jamin sangat berkesan. Berbeza sangat bila mengambil suplemen ketika hamil dan tidak, ketara hasilnya. So mommy yang nak cuba set Hamil/pantang atau wellness pack Ika sangat sarankan kerana nutrisi yang dicadangkan sangat lengkap untuk keperluan asas tubuh tambah lagi yang hamil dan sebagainya, honestly memang Set Nutrisi Shaklee banyak untuk menjamin keberkesanan, 10 in 1 ke apa, memang nutrisi dari shaklee khas untuk vitamin dan mineral yang berlainan yang sememangnya diperlukan tubuh badan. Boleh klik ESELL ORDER NOW untuk order online.
Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly
Ulasan
Catat Ulasan