A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FLEK

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

BAHAYAKAH SPOTTING KETIKA HAMIL?

“Eh, kenapa ada macam kesan kecoklatan ni? Darah ke? Ish, hari tu doktor pesan kalau ada pendarahan ketika hamil ni kena terus pergi hospital. Patut ke pergi sekarang?” Apabila anda dah disahkan hamil, secara logiknya memang tidak akan berlaku lagi ‘period’   atau haid sampailah selepas bersalin. Ini kerana, proses menstruasi terjadi akibat luruhan dinding rahim yang sedang dipersiapkan untuk menerima sel telur. Apabila tiada sel telur, maka lapisan tersebut akan menjadi darah haid. Pengalaman Ika bab spotting yang paling teruk masa kehamilan nombor dua. Masa tu lama tak datang haid lepas bersalinkan Harraz, sebab ingatkan hormon orang menyusu badan. So bila datang haid selepas 6-7 bulan umur Harraz macam tu, Ika pelik jugak sebab masa tu memang cucuk perancang dalam masa yang sama. Takde fikir apa, cuma darah turun hingga hari ke7, normal kitaran Ika. Until terdetik dalam hati sebulan lepas tu rasa macam nak check, memang positif. Apalagi terk...