HIPERTENSI KETIKA HAMIL Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

HIPERTENSI KETIKA HAMIL



SEKIRANYA anda pernah mendengar bahawa tekanan darah tinggi berbahaya pada jantung, otak mahupun buah pinggang, anda juga harus berwaspada sekiranya merancang untuk hamil. Ini kerana salah satu ancaman kesihatan paling serius dan kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan ialah tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi.Sehubungan itu, pemeriksaan berkala penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran.




Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Universiti Putra Malaysia - Hospital Kuala Lumpur (UPM-HKL), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, pemeriksaan berkala yang dilakukan sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk mengesan sama ada wanita terbabit menghidap hipertensi atau sebaliknya.
Ini kerana hipertensi yang tidak terkawal atau dibiarkan tanpa rawatan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.

``Komplikasi yang membahayakan nyawa ini boleh berlaku pada kedua-duanya sekali iaitu ibu dan juga janin dalam kandungan,'' katanya.

Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah tinggi. Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (Pregnancy Induced Hypertension - PIH) berlaku apabila tekanan darah diastolik (bacaan bawah) mencecah lebih 90mm Hg. Adakalanya keadaan ini disertai dengan protein dalam air kencing. Menurut beliau, hipertensi yang disertai dengan protein dalam air kencing semasa hamil yang dikenali sebagai preeklampsia ini biasanya berlaku pada trisemester kedua kehamilan iaitu selepas 20 minggu kehamilan.

Preeklampsia atau PE biasa berlaku pada wanita hamil dalam usia yang terlalu muda atau wanita yang telah berusia. Apa yang membimbangkan, PE ini tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal.

``Sebaliknya gejala PE akan timbul apabila ia telah berada di tahap yang serius,'' ujarnya.

Menurut Dr. Noraihan, hipertensi yang tidak dikawal sepanjang tempoh kehamilan boleh meningkatkan risiko seseorang ibu mengalami beberapa gejala tertentu.

``Ini termasuklah tekanan darah tinggi, bengkak pada pergelangan kaki dan kehadiran protein dalam air kencing (protenuria) atau juga dikenali sebagai kencing kotor.

``Keadaan atau gejala ini yang juga dikenali sebagai PreEklampsia biasanya berlaku pada tiga bulan kedua tempoh kehamilan,'' katanya.

PreEklampsia boleh menyebabkan tekanan darah meningkat agak tinggi dan akhirnya menyebabkan masalah pada sistem peredaran darah.

Malah, ia juga boleh menyebabkan gangguan pengaliran darah pada uri.

``Kekurangan bekalan darah ke uri menyebabkan janin kurang mendapat zat makanan, bayi menjadi kecil dan masalah-masalah lain,'' ujarnya. Pada peringkat yang serius, pertumbuhan bayi terencat dan akhirnya menyebabkan kematian pada janin.

Sehubungan itu, penting supaya PreEklampsia dipantau dan dirawat dengan teliti. Menurut healthAtoZ.com., kadar kejadian PE semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan dua faktor utama iaitu lebih ramai wanita yang merancang untuk mendapat anak lewat dan kelahiran berganda.
Dr. Noraihan memberitahu, PE yang tidak dipantau, menyebabkan ia boleh melarat dan wanita terbabit mendapat penyakit eklampsia.

``Eklampsia menyebabkan seseorang itu mendapat serangan sawan dan meningkatkan risiko kematian kepada ibu dan bayi dalam kandungan,'' katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, mereka yang mempunyai hipertensi tidak semestinya mempunyai PreEklampsia.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin hamil dalam lingkungan usia yang agak lanjut supaya berbincang dengan pakar perubatan.

``Sebaik-baiknya pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik sebelum memutuskan untuk hamil kerana risikonya agak tinggi,'' ujarnya.

Janin yang sedang membesar mendapat seluruh sumber keperluan termasuk zat makanan, oksigen dan sebagainya daripada ibunya. Sehubungan itu, jumlah darah dan zat makanan mencukupi yang melalui uri dan tali pusat diperlukan.Bagaimanapun, PE boleh menjejaskan proses ini daripada berjalan dengan sempurna. Menurut Persatuan Perubatan Amerika, PE biasanya berlaku di kalangan kehamilan kali pertama. Malah, mereka yang mempunyai sejarah pernah menghidap hipertensi berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Justeru, sepanjang tempoh kehamilan wanita terbabit dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan berkala air kencing dan memantau tekanan darah mereka.

JENIS HIPERTENSI 

Kehamilan yang menyebabkan berlakunya hipertensi boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori:

* Gestasi hipertensi
Hipertensi yang berlaku pada separuh akhir tempoh kehamilan atau 24 jam pertama selepas kelahiran tanpa sebarang tanda-tanda preeclampsia atau hipertensi kronik.

* PreEklampsia
Peningkatan tekanan darah sehingga bacaan darah mencecah sehingga 140/90mm Hg atau lebih tinggi disertai dengan beberapa gejala seperti kandungan protein berlebihan dalam air kencing (kencing kotor). Ia biasanya berlaku selepas 20 minggu kehamilan.

PreEklampsia juga terbahagi kepada beberapa peringkat seperti sedikit, sederhana dan teruk. Pada peringkat yang serius, terdapat gejala yang boleh membawa kepada eklampsia. Apabila ini berlaku ia boleh membawa maut.

* Eklampsia
Diertikan sebagai berlakunya serangan sawan di kalangan wanita yang tidak menghidap epilepsi tetapi mempunyai ciri-ciri eklampsia. PE yang tidak dipantau dengan teliti boleh membawa kepada keadaan ini. Apabila ini berlaku, wanita akan berdepan dengan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, paru-paru berair, darah tidak beku, kegagalan hati berfungsi dan sebagainya.

* Kronik hipertensi

Kronik hipertensi iaitu mereka yang sememangnya menghidap hipertensi. Mereka yang mempunyai kronik hipertensi semasa hamil berisiko mendapat PE.

GEJALA/TANDA HIPERTENSI

PE tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Manifestasi awalnya adalah hipertensi, yang diikuti dengan kencing kotor.

GEJALA PRE-EKLAMPSIA


* Sakit kepala yang tidak berkurangan
* Loya
* Muntah-muntah
* Pening
* Penglihatan kabur
* Sakit pada perut

Ini adalah peringkat yang berbahaya. Sekiranya bayi tidak dilahirkan ia boleh membawa kepada eklampsia.

Wanita yang berisiko mendapat PreEklampsia

* Wanita yang hamil buat kali pertama. Dianggarkan 10 peratus wanita yang hamil kali pertama mendapat PE.
* Wanita yang berusia
* Sejarah keluarga
* Menghidap penyakit buah pinggang, diabetes, reumatoid artritis, lupus dan sebagainya.
* Borderline hipertensi
* Mereka yang tidak menjalani pemeriksaan prenatal secara tetap.
* Mereka yang sememangnya menghidap hipertensi sebelum hamil

PUNCA HIPERTENSI


Sehingga hari ini, punca berlakunya PIH ini masih tidak diketahui.

PENCEGAHAN
Menjalani pemeriksaan dari masa ke masa dan mengawal hipertensi semasa hamil. Wanita yang berumur, mempunyai hipertensi dan berisiko tinggi perlu mendapat kaunseling sebelum hamil.

RAWATAN
Satu-satunya rawatan untuk PE ialah dengan melahirkan bayi. Ini kerana sebelum ibu mendapat serangan sawan, ia boleh mengancam nyawa kedua-duanya.

Bagaimanapun, kelahiran ini hanya boleh dilakukan sekiranya janin telah mencecah usia 32 minggu atau matang atau terdapat kemudahan yang lengkap di unit neonatal.

sesetengah unit neonatal yang dilengkapi dengan kemudahan canggih boleh menyelamatkan bayi yang tidak cukup bulan.

Sekiranya janin tidak cukup bulan, doktor akan memantau kesihatan ibu dan janin sehinggalah janin tersebut berada di tahap yang selamat untuk dilahirkan.

Bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda kesihatan ibu berada pada tahap berbahaya, maka bayi terpaksa dilahirkan walaupun tidak cukup bulan.

KOMPLIKASI PRE-EKLAMPSIA

* Kematian bayi
* Bayi yang dilahirkan kecil atau terencat
* Mengalami masalah terencat akal
* Uri yang tercerai daripada rahim
* Bayi lemas semasa kelahiran
* Bayi yang tidak cukup bulan.

Pada peringkat yang lewat, ibu pula akan mengalami komplikasi seperti:

* Kegagalan buah pinggang
* Paru-paru berair
* Kegagalan hati berfungsi
* Pengumpulan cecair pada otak
* Eklampsia
* Darah tidak boleh membeku
* Kematian.



Kredit artikel penuh: Utusan malaysia



Antara pencegahan awal untuk segala komplikasi ketika hamil, mommy disarankan mengambil nutrsis lengkap dari makana tambahan supaya lompang nutrisi akibat pengamalan diet yang tak seimbang dalam pemakanan seharian dapat diatasi. Ika suka cadangkan Set hamil Shaklee setelah merasai keberkesanannya. Selain hasil dari pengambilan berterusan yang memberi tambahan tenaga, dalam masa yang sama kesihatan mommy lebih baik dan dapat ditingkatkan. Boleh klik ESELL ORDER NOW untuk set solusi mengikut keperluan badan.



rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...