SEMBELIT MIMPI NGERI MAMA BERPANTANG


Ika rasalah pengalaman sembelit ni semua orang pernah alami, lagi-lagi makan tak ingat dunia. Ada jugak yang jenis membuang 3 hari sekali, seminggu sekali. Actually tak normal jika kita membuang dalam jarak yang terlalu lama, kerana normalnya proses menyahtoksin berlaku setiap hari. Penting sebab badan kita akan menjadi berasid bila terlalu lama menyimpan sisa toksin yang boleh menjadi punca kepada sebarang penyakit. 

Masih segar dalam ingatan Ika selesai bersalin anak nombor dua, pada hari Ika nak discaj doktor nak check balik jahitan kat bawah tu dengan menyeluk, adoii nak sebut pun ngerii wehh, beraturlah yang mana boleh discaj hari tu, seorang kakak ni sempat mengadu dia tak boleh berak lagi, malah buasir dia dah keluar. Allah, kesian sangat Ika dengar sambungnya lagi dia ada masalah sembelit bermula dari awal kandungan sampailah bersalin, bila hampir bersalin dan sarat sembelit makin teruk hingga terjadi buasir. Kesian sangat cerita akak tu, sampai nak buat kerja apa semua tak selesa akibat masalah sembelit. Lagi menderita lepas bersalin tambah yang jahit banyak macam akak tu, memang menangislah. Ika yang cinonet kena jahit bila sembelit pun menangis teruk, sakit sangat menahan sakit takut jahitan terbukak.

Punya panjang perjuangan seorang mommy ni. Sudah beranak satu hal, pantang satu hal, bab masuk jamban pun satu hal dalam pantang kalau berak tahi keras melantun. Rasa macam nak keluar,tapi tak keluar-keluar, seksa feeling tu, nak duduk tak senang duduk, berdiri baring pun tak senang, kesnya macam ada something elok parking kat lorong tu. Nak teran sesuka hati tak boleh, sakit! peranakan pun berisiko turun balik."Feeling" tu hanya mommy yang alami je tahu. Nak makan makanan sumber banyak fiber pun limited dalam pantang, nak minum air banyak pun ada pantang larang. 

Tahukah anda di Amerika Syarikat sahaja, selain aspirin, jualan julap lebih tinggi berbanding ubat lain? Sebanyak USD 700 juta dibelanjakan setiap tahun untuk membeli julap dalam mengatasi masalah kerap sembelit yang kronik di kalangan orang dewasa.
Meskipun mampu mengatasi masalah kerap sembelit, penggunaan julap yang berterusan dalam jangka masa lama lebih banyak keburukannya antaranya ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, dehidrasi, jangkitan usus, kerosakan buah pinggang dan hati.



9 SEBAB MENGAPA ANDA KERAP SEMBELIT
Antara sebab terjadinya sembelit adalah:

1. MALAS BUANG AIR BESAR
Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Selalu terjadi pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas 
2. NAJIS YANG TERLALU KERAS
Najis keras dan sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum. 
3. SELALU TAHAN BERAKMenahan daripada membuang air besar disebabkan sedang bekerja, tandas tidak selesa, atau sebagainya,
4. ANGIN DALAM BADAN
Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir. 
5. KURANG CECAIR DALAM BADAN
Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet anda. 
6. TEKANANTerlalu stres juga boleh menyebabkan sembelit selain menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat.
7. TRAUMA LEPAS BERSALINTrauma yang teruk, contohnya selepas bersalin dan rasa takut untuk meneran
8. KURANG ZAT BESI
Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran. 
9. FAKTOR UMUR
Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.




CARA MENGATASI MASALAH KERAP SEMBELIT
1. AMBIL SERAT
Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan. 
2. MINUM BANYAK AIRMinum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari
3. MAKAN HERBA DAN REMPAH
Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa. 
4. CUKA EPALSebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

5. LEMAK BERKHASIAT
Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang.
6. ELAKKAN PROTEIN BERLEBIHAN
Elak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan. 
7. SENAMAN PERNAFASAN
Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat

8. BANYAKKAN PERGERAKAN FIZIKAL
Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

9. SENAMAN MENCANGKUNG
Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.
Ika kenal Ostemtarix bukan kes sembelit, tapi akibat sakit badan yang amat teruk. Alhamdulillah bila dah consume, dalam masa yang sama, part sembelit ni dah jarang sangat Ika alami. Serius berak sembelit lagi seksa dari beranak, bila mendapat kena sembelit, kes tertangguh membuang 3 hari 3 malam, maka hasil makan selama tu punya seksa nak keluar terowong kepala keretapi. Kes lupa ambil ostematrix tu, tertido awal. Ya Rabbi seksa, rasanya pengalaman sembelit dulu takdela tara ni. Kotlah. Sebab dah lupa, tapi betullah nikmat dapat berak lancar pun satu nikmat besar yakmat. Teringat pulak cerita sultan dan adiknya, sampai sanggup bagi kerajaan miliknya supaya adiknya yang zuhud mendoakannya dapat balik nikmat kencing dan berak. Sembelit ni sama macam nak beranaklah, teran habis nafas pun, kalau dia tak nak keluar, memang tak keluarlah. Push at the right time, Out at the right time, cemtulah perumpamaannya. So time pantang ni lagi double triple seksa sebab kita nak berperang dengan jahitan kat 'tuutt'. Tengok jamban pun meremang bebulu dia punya seram tu. Taubat dah tak nak skip dah makan ostematrix. Biasa kalau telan ostematrix najis lembut, dan rehatkan otot dalam usus dan kurangkan sembelit.

🐾: petua dari orang melaka, sapu minyak untuk lancarkan dan kurangkan sakit ketika membuang

So mommy yang sembelit teruk Ika recommend sangat ambil Herb-Lax dan ostematrix, Ika jamin, seminggu pun dah settle masalah sembelit teruk. Memang sangat berkesan takde effect perut memulas sehingga perlu berlari ketandas bila nak membuang, yelah certain ubat memang buat kesan membuang tu serta merta. Dua tu memang lembutkan najis dan lancarkan pembuangan najis secara normal. So bersempena Sale bulan Disember ni, uols boleh grab Set Twinpack vivix, promo valid hingga 28 Februari 2019.  Yang nak grab PROMO NEW MEMBERSHIP, boleh place your order thru online shopping, klik saje icon ESELL ORDER NOW. 



  Rujuk cara order online disini atau atau boleh directly whatsapp Ika {klik ikon whatsapp}

Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.