STRETCHMARKS MIMPI NGERI MAMA

Mengandung memang best, tapi pengorbanan si ibu sememangnya tidak ternilai. Hilang segala kecantikan tubuh badan selepas proses hamil dan bersalin adalah perkara normal akibat perubahan hormon sepanjang mengandung dan bersalin. Namun kita sering keliru selulit dan strecthmarks adakah perkara yang sama?Tidak sama sekali. Ianya berbeza.

Selulit adalah penumpukan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit sehingga permukaan kulit menjadi kasar yang menyerupai kulit jeruk. Garis-garis pecah di kawasan tersebut berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan kolagen pada lapisan kulit sehingga menyebabkan lapisan darah kurang lancar. Selulit sering berlaku pada kawasan peha, punggung, ketiak dan sekitar perut kerana di kawasan ini mudah berlaku regangan kulit.

Manakala Stretch Mark pula tanda parut yang berupa garisan putih atau kemerahan yang memanjang dengan polar yang tidak teratur. kebiasaanya stretch mark berlaku pada wanita yang hamil akibat regangan kulit yang mengembang.

Selain itu, antara sebab lain berlaku stretch mark adalah kekurangan nutrisi seperti vitamin A, C dan E, pengambilan makanan berkolestrol yang berlebihan dan lemak yang tinggi. Bagi mereka yang mengabaikan kesihatan diri dan kebersihan sangat mudah untuk terkena stretch mark. Tiada istilah hanya ibu hamil sahaja yang akan melaluinya malah tidak kira orang dan usia.



Berat badan anda bertambah kira-kira 9 paun sepanjang 9 bulan anda hamil. Pertumbuhan secepat itu boleh menyebabkan stretch mark, terutamanya pada perut dan payudara anda iaitu dua kawasan yang mengalami pertumbuhan yang paling banyak. Stretch mark juga boleh muncul pada paha, punggung dan bahagian atas lengan. Tanda bagi stretch mark sering bermula kemerahan atau ungu, tetapi selepas kehamilan mereka secara beransur-ansur pudar ke putih atau semakin pudar.



Selulit Dari Obesiti/Kegemukan Mendadak

Pertambahan berat badan secara mendadak dapat membuat kulit mengalami peregangan dan berpotensi memunculkan garisan stretch mark. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan lakukan senaman ringan setiap hari sekurangkan 5 hingga 10 minit. Tidak kira berada di tempat kerja mahupun dirumah, ambil masa yang terluang untuk melakukan senaman ini. Pengambilan makanan berkolestrol yang berlebihan dan lemak yang tinggi adalah punca berlakunya stretch mark. Makanan yang tinggi kolestrol boleh mengakibatkan kegemukan malah tidak elok untuk kesihatan badan.


Bila cerita pasal STRETCHMARKS nie memang ia adalah umpama mimpi ngeri buat kebanyakan ibu-ibu yang dah bersalin. Stretchmark ini muncul akibat kulit meregang dalam waktu yang singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. Sebenarnya, salah satu cara untuk menghilangkan ataupun mengurangkan stretchmark ini adalah dengan pengambilan protein yang mencukupi bagi memperbaiki sel-sel kulit yang berparut.