Penemuan sains mendapati fenomena tidur sebentar ini bukan saja dapat menyegarkan minda, malah meningkatkan kebolehan otak untuk belajar perkara baru selepas bangun tidur.
Berdasarkan kajian pakar psikologi, Dr. Matthew Walker dari Universiti of California, ‘tidur sebentar’ ni bukan saja membetulkan kualiti tidur seseorang malah ia memberikan kesegaran yang sama seperti sebelum kita tidur, pada tahap neuro-kognitif.
Manfaat 'Power Nap'
peningkatan tahap tenaga
peningkatan mood
peningkatan kewaspadaan
Sabda Rasullah s.a.w, “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah.” (Riwayat ai-Tabrani)
Hadis juga menyebut, “Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.”
Jadi sempena bulan Ramadhan ni boleh Latih diri amalkan Qailullah ni, selain dapat niat untuk bangun beribadah, kelebihan lain juga dapat dinikmati.
Ulasan
Catat Ulasan