Boleh ke Makan Sambal Lada Bila Nak Diet?

Setiap kali nak kurangkan berat badan,risau bab makan bila tukar menu, sebab tak menarik, tak sedap, progress nak capai goals terbantut tengah jalan. Boleh ke makan sambal masa diet ye? Risau takut sebab utama gagalkan misi kes makan sambal. Betul dan salah, kalau makan sambal, nasi makin bertambah, makanya makan sambal lada memang gagalkan misi anda, namun betul jika anda makan sambal yang resepinya diolah lebih sihat, maka proses berat turun berat badan mungkin akan lebih efektif. 


Timbul persoalan, betul ke makanan atau sambal lada boleh turunkan berat lebih efektif? Mana taknya dah makan tu kalau berpeluh-peluh dahi, seluruh badan, mesti bakar kalori dan lemak sekali. 

Memang betul, kajian ada mengatakan kesan capsaicin yang meningkatkan penggunaan tenaga dan sedikit sebanyak dapat membakar lemak. Tetapi, hanyalah dalam jumlah yang kecil.


Pembakaran lemak hanya efektif melalui aktiviti fizikal iaitu pergerakan badan, bukan mulut je yang kuat mengunyah. Nak makan sambal lada dalam menu diet memang boleh, takde masalah. Yang masalah bila terlalu banyak makanan pedas mungkin merisikokan keradangan dan kecederaan usus. Bersederhana dalam apa jua pengambilan makanan. Kalau letak sekilo gula dalam sambal lada pun boleh ke lain matlamatnya. 


Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.