Perangkap Sugar Bliss dalam Food Industry

Semalam sempat tengok Dr. Mizam Baha live share tentang perangkap SUGAR BLISS dalam Food Industry yang memacu ketagihan kita supaya wujudnya craving.


Sangat menarik dan mahal ilmu ni, so Ika catat dalam bentuk penulisan supaya ilmu tersebut disebar luas. Jalan nak sihat ni, bila sampai satu level, kita look back betapa banyaknya cabaran.


Cabaran ni bukan sikit-sikit, sangat banyak dan sangat real dalam kehidupan kita semua hari ni.


Benda ni sangat penting sebab tak ramai orang perasan. Ramai orang yang tanya masalah craving, dia tak boleh nak stop makan, dia tak boleh nak control, sometimes masalah dia cuba untuk berhenti dari craving, sebab bukannya diri tak tahu dia ada masalah tapi gagal.


Ada masalah badan besar, lemak lebih, kepala selalu serabut dan macam-macam isu lain tapi benda paling prominent dalam hidup dia, bab makan payah nak ubah.


Kalau dah start makan tu, dia akan sambung-sambung, habis daripada kantin dia akan teringat lagi, mungkin sambung sampai tengahari, mungkin buat balik balik petang bekal dalam kereta, makan lagi.


So ramai orang masalah mengunyah ni tak selesai. Kenapa orang mengunyah ni tak boleh berhenti?Apakah kebetulan, atau dibuat untuk jadi macam tu?


Cuba tanya diri sendiri, ada masalah craving tak? Kebiasaannya memang ramai yang craving, nak makan manis, kopi, roti, biskut, kuih-muih, nasi Starbucks atau dinamakan food craving ni.


Cuba namakan satu makanan yang anda kalau tak makan sehari, anda tak boleh tahan? Memang anda kena makanan ni hari-hari kalau tak anda akan terfikir-fikir makanan ni. Rasa craving hari-hari, tak boleh tak makan. 


Pasti ada salah satu dalam senarai kat atas kan? Kebanyakannya makanan ruji kitalah. Tapi tak kurang banyak juga orang yang tersangkut dengan makanan tertentu.


So semua tu dia ada sebabnya. Suatu konsep yang diguna oleh food industry, kita tak label mana-mana company, sebab food industry ni dah lama dan datang dari barat.


So bila suatu perniagaan pasti nak untung, konsep basic macam mana kita nak buat seseorang itu datang dan datang, beli dan beli lagi. Meniaga itu akan untung bila boleh buat orang datang beli dan beli lagi. So dia dipanggil raving fan. 


So bagaimana nak dapatkan raving fan dari food industry ni? 


Apa yang dia buat, ada seorang ni namanya Howard Moskowitz seorang researcher dan psycho physassist yang dibayar oleh food industry untuk buat kajian untuk buat orang datang dan datang lagi dan beli dan beli lagi, repeat tanpa henti. 


Apa yang dia buat, dia kaji tentang sweetness. Apa yang menyebabkan makanan kita sedap ada 3 perkara iaitu, GULA, GARAM, LEMAK. So kombinasi 3 ni menyebabkan makanan tu sedap. Kalau loss salah satu, dia akan hilang dia punya taste. 


Howard Moskowitz ni kaji tentang sweetness, dalam kajian nya ada 59 JENIS MANIS. So daripada 59 jenis manis tu, kombinasi yang macam mana orang paling suka. 


Apa dia buat, dia pergi seluruh negeri America tu dalam lebih kurang 3000 tempat atau 3000 orang yang dia test 59 kemanisan tu, tengok yang mana satu kombinasi ni yang menyebabkan orang NAK MAKAN SETIAP HARI, repeat dan beli dan beli lagi. 


Bila dah kaji, dia buat Graf yang berbentuk loceng. Yang paling tengah sekali adalah yang paling NGAM sekali untuk kemanisan tu, yang tulah yang akan digunakan dalam Food Industry. 



Lain makanan dia akan buat kombinasi yang lain-lain menggunakan 3 basic tu tadi. Howard Moskowitz ni di coint terma BLISS POINT iaitu jumlah gula, garam, lemak yang betul-betul cukup-cukup untuk makanan tu rasa sedap. 


Bukan setakat tu, dia buat customers repeatedly buying, ni antara rahsia food industry iaitu KONSEP BLISS POINT. 


Ada satu lagi cara dia buat test, contoh nak keluarkan sos tomato, sos tomato sepatutnya takde gula tapi apa yang food industry buat, letak gula dalam tu. Contohnya makanan yang nak dibuat di letak dalam 8 bilik, ada yang 12 bilik, 1 bilik 1g gula, bilik kedua 2g gula dan seterusnya. 


Ini sebagai contoh lah, dia kan panggil 100 atau 200 orang untuk test sos tomato ni setiap bilik, so dia akan bagi rating, tengok bilik mana yang orang bagi rating the best. So kombinasi bilik tulah yang akan digunakan untuk hasilkan sos tomato. 


Kalau tengok kat ingredients belakang tu bukan saja-saja letak. Yang tu memang dah di test dan memenuhi bliss point yang akan menyebabkan orang repeatedly eat it. 


Sebab BLISS POINT nilah ramai yang tak boleh berhenti dengan apa yang dia suka atau dengan kata lain craving kerana benda tu dah jadi neuro connection kat dalam otak kita, dah hard wired. 


Punca inilah menyebabkan ramai orang gagal berhenti bila dah terjebak dengan process food, junk food sebab bliss point makanan tu sangat superb. 


Bila nak putuskan hardwired ni memang gigil lutut lah. Susah, tak tahan, payah, dia akan start balik. Ilmu ada, tahu makanan tu tak bagus tapi disebabkan bliss point tu otak kita akan crave non stop. Nak tak nak kena beli jugak untuk selesaikan masalah craving tu. 


Itulah konsep BLISS POINT, memang dibuat. Apa yang berlaku bila kita dah biasa dengan bliss point, lidah kita akan sensitif dengan bliss point, lidah kita dah biasa, dah lali dengan bliss point, so anything below bliss point, automatic badan kita akan cakap "ini tak sedap". 


"ini bukan standard dia". Bila dah biasa, 5 tahun, 10tahun, kita punya standard untuk manis dan sedap tu dah upgrade. Anything food lain macam organik food yang tak capai bliss point, gerenti kita takkan suka. 


Dulu memang ada makanan tak diletak gula tapi bila bertahun-tahun biasakan letak gula, lama-lama brain kita dah hardwired dan kita dah set benda tu as something normal. Walhal kalau natural kita tak perlukan gula tapi disebabkan biasakan bliss point dah thermostat, standard bawah dari bliss point kita akan reject apatah lagi kanak-kanak. 


So kalau kita dah biasakan anak-anak kita umur setahun dengan benda yang manis dan bergula kita nak bagi makan sayur memang susah. 


Belajar baca ingredients. Nak tak nak kena, kita takde pilihan lain, belajar baca label sebab dekat situlah punca segala-galanya. Orang nampak sikit je gula, tapi kalau macam kita belajar baru-baru ni 4g =1 sudu teh gula. Bayangkan kat satu produk tulis 25g, tu dah bersamaan dengan 6 sudu gula dalam tu. 


Tips baca label cari perkataan sugar atau Carbohydrates sebab kadang-kadang memang kat label tak tulis sugar, tengok carbohydrates per serving tu berapa bahagian dengan jumlah content. Contoh label 30g Carbo, bahagi preserving contohnya 4,so contain gula kat situ 6 sudu gula. 


6 sudu tu rasa sikit sebab tak nampak bila dah masuk dalam bentuk makanan, tapi cerr try letak 6 sudu gula dalam 1 gelas, memang kita tak gamak nak minum, overdose manis. 


Apa-apa yang kita makan, masuk dalam badan akan bertukar jadi gula. Contoh karbo roti, nasi, tepung putih, sayur pun ada Carbo ikut jenis. Bukan setakat bliss point sebenarnya, ada kajian dia buat untuk buat mouth fill, perfect crunchyness bagi kita sentiasa rasa nak mengunyah. 


Memang ada kajian macam tu, so diorang memang untunglah. Kita yang makan ni sakit ke sihat tak penting pun bagi diorang, pun tak salah diorang sebab kita yang PILIH UNTUK MAKAN, betul? betul? 


Karbohidrat memang kita tak boleh nak elak, tapi yang penting kuantiti yang kita ambil. Tak kisah parboil rice, brown rice ke tetap karbo. Atas kesedaran kita nak sihat, biasa kita ambil 2 senduk nasi, boleh kurangkan kepada 1 senduk pun dah sangat cukup. 


Nak makan nasi takde masalah, it defeat the purpose. Kalau yang ada kencing manis, you really have to cut down your carbohydrates , boleh je tak makan nasi sebab banyak pilihan lain yang kita ada untuk makan tapi kena tahulah diri kita macam mana. Nak makan takde masalah, tak nak makan pun takde masalah.


Kalau tak you cucuk ubat ke, ambil ubat, benda tu takkan bagi kesan pada you, sebab ubat tu cuma untuk kawal. Isunya adalah kencing manis ni adalah extra sugar. Ramai orang ingat sugar tu semata-mata gula putih atau bermacam gula sedangkan karbohidrat pun adalah gula. Nasi adalah gula, tepung adalah gula. 


Kena belajar untuk manage. Berapa banyak gula sebenarnya yang masuk dalam badan kita. Makan lauk banyak takde masalah. Istimewa orang Malaysia ni kita banyak adapt dengan banyak resepi, so macam-macam cuisine, so berani mencuba benda-benda baru. 


Konsep BLISS POINT kena faham sebab penting. Suku-suku separuh? Boleh. Banyak lagi rahsia-rahsia ingredients ni kalau nak cerita. Paling basic tengoklah SUGAR CONTENTS. Kena faham bliss point ni sebab kita akan tahu sebab kita gigil, craving. Brain kita dah hard wired, hari-hari otak kita akan minta lagi, lagi dan lagi. 


Share ilmu ni jangan kedekut, supaya ramai lagi yang faham konsep dan tahu ilmu ni. Terima kasih doktor, moga diberi ganjaran syurga atas perkongsian. Ika panjangkan dalam bentuk penulisan supaya ada yang tak tertinggal ilmu mahal ni. 


Kredit: DrMizam Baha


>>#Share post ini untuk orang-orang yang anda sayang supaya lagi ramai yang dapat manfaat. 


Start hari ini, mula cakna. Self-awareness. Take charge your health.

Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.