Orang kata kena ada big why nak turunkan berat badan ni, entahlah aku ni rasa berjela big why aku ni kenapa nak kena in ideal weight, tapi selagi big why tu bukan big why sebenarnya benarnya, selagi tu tak jadi push factor nak tolak diri kita untuk berganjak. I don't know betul ke tak teori or mitos or anythinglah yang berkaitan dengan big why and push point ni. Yang pasti antara salah satu list big why aku nak pakai baggy in proper look, clean, smooth, elegan, comfort, nampak betul-betul in. So punya lah semalam aku go through semua gambar zaman aku dah bergelar mak-mak ni, ada ke gambar yang berat aku masih normal(sekarang obese kategori ye, diulangi dah obese) maka, scroll punya scroll, tertengok gambar zaman abaya era aku, terus menangis wehh, okay i'm so done! It's 11 years, how you going so far from that look, nangis lagi. So yeah, inilah zaman yang paling dirindui rupanya ye, Allah. Dari saiz 52 aku kena pakai saiz 54 dah sebab bahu jadi bahu pemain rugby sekarang, dagu terbelah pun hilang dek lapisan lemak huwaaa. Part lower body tak payah cakap lerr kalau udah body type jenis pear ni. Situlah visceral fat berkampung, nangis lagi. But it's okay dah jumpa sirna baru lepas tengok how beautiful I'm in abaya with ideal weight. I want It, I got it, terus tergiang-ngiang that song sambil hayun kettleball. Tambah lagi musim haji sekarang, asal scroll menangis kuatkan tekad, moga langkah ini Allah berkati dan rahmati. Ya Allah, permudahkan,Amin.
Gini agaknya weight loss fighter hadap rollercoaster emosi, when something comes to their mind. Datang rasa boleh ke aku dapatkan balik berat dulu kala?Bila datang keadaan cemni, takde orang lain yang boleh jadi supporter kita, iaitu diri kita sendiri, kan?Harus peluk diri sendiri, dan menguatkan diri. Tapi perut dah krukk krikk dok bunyi. Harus percaya diri boleh lalui semua ni dengan pertolongan Allah, kita takdak daya dan upaya, moga Allah kurniakan kesabaran nak lawan bunyi perut dan juga perang dalam kepala. Ingat kita ada amanah untuk dijaga dan untuk dikembalikan dalam sebaik-baik keadaan dikurniakan. Aku kalau time krukk krikkk perut bunyi mula otak cari idea, nak makan kudap-kudap ke? Ke boleh je makan?sikit je? Hari ni je? Esok boleh mula semula?Kenapa nak seksa diri tahan makan? Ke nak berdamai dengan takdir dah gemuk cemni? cemtu lah dalam otak aku berperang. Mula tangan gagau rak makanan situ sini, konon nak cari apa yang boleh dikunyah, satu pun, sikit pun takpelah, aduiii. Parah. Aku tak tahu camne orang lain, dalam otak aku cemtulah peperangan antara keinginan nak makan, dengan halangan kat diri sendiri supaya sabar. Mata masa ni, rajin benarlah tengok jam, kejap-kejap tengok jam, kejap-kejap tengok jam lagi.
Orang nampak luaran je berubah kan? Yang dalam tu, Allah struggles nye wehh, korang lalui cemni tak sepanjang proses turunkan berat badan. Sobs. Masa aku join program turunkan berat badan, which is bagus sebenarnya sebab kita dalam circle yang sama, matlamat yang sama, dapat banyak idea untuk pelbagaikan menu nak makan, tapi aku sometimes ada juga aku curi makan, yelah siapa nak cek kita makan apa? Tapi macam tipu diri sendiri lah sebenarnya, coach kau boleh tipu, tapi once you cheat within weight management, sohehla diri sendiri boleh tahu, berat badan, rasa kat badan sendiri macam mana, semua tu tak boleh tipu, betul dak? Jadi aku rasa tempoh dan proses nak turunkan berat ni, didik diri sendiri jujur dan amanah dengan diri sendiri.
Alhamdulillah, hari ni hari ketiga aku buat IF, sebab semalam aku termakan 3 slices buah mangga sebelum tidur, jadi tak pasal kena drag masa IF panjang sikit hari ni. Takpelah your own mistakes, pandai buat, pandai tanggung. See buah mangga pun ujian untuk orang yang tengah jaga makan, tak lagi dessert apa semua. Part craving ni pun panjang aku nak cerita. Cerita berak semalam pun tak bersambung lagi, inikan pula nak cerita bab craving, lahhhh. So hari ni terasa nak makan ayam kukus pedas, takkan tidak ekk reward diri setelah menahan diri bukan takat perut, tapi yang menggelibut dalam kepala otak tu, ingat senang. So yeahhh, thank you Allah for this meal today, I'm so proud, hari ketiga ni memang, sebab bila cut sugar, sugar withdrawal menggila, just let it, biar je dia tantrum, lama-lama diamlah tu.
Eat less sugar, you're sweet enough

