Hari kedua misi briskwalk sekitar tempat penginapan, kihkih, sambil pusing tengok tempat sekitar, bestlah misi cemni, dulu fokus nak berjalan makan angin je. Bila tambah satu aktiviti berdua cemni dengan suami, rasa best pula, awal-awal pagi keluar dari tempat penginapan dan berjalan, tengok kawasan sekitar. Refreshing betul dapat tukar view, angin, pemandangan. Masyaallah Tabarakallah. Kali ni memang cuti dengan keluarga pun santai-santai ajelah, bila dah umur bertambah pun gaya bercuti pun lain ekk, lebih slowly, tak rushing pergi situ sini, dapat duduk berkumpul ramai-ramai, berborak lama pun satu rahmat besar dah, alhamdulillah.
Jadi aku macam biasa, tak kisah berapa step, asal dapat berjalan 30minit pun dah okay, tu aku punya first setting ketika bermula dan ianya masih sama dan motivated aku dari give up. Alhamdulillah hari ni dapat selesaikan dalam selesaikan pusingan dalam masa sejam nak sampai balik ke tempat penginapan,kihkih. Jalan sepanjang menapak pun tentang aje dalam kampung orang,kihkih. Balik siap tapau kuih muih. Terus aktiviti makan-makan, mandi kolam, masak-masak. So far so good until today, semuanya dari Allah. Alhamdulillah.
Malam ni memang pukul 10malam aku dah kemana-mana dalam alam tidur, awal benor, aku rasa step aku lebih dari biasa, tak sama dengan yang aku share sebabnya tapak kaki aku sakit bila nak tidur tu, sembur siap-siap magnesium spray, alhamdulillah tersedar 4 pagi sementara bangun kemas sebab nak checkout dah. Rasa puas bila tidur awal dan tidur cukup ni. For sure korang nak turunkan, nak kawal hormone cortisol ni, inilah antara benda penting korang kena buat, tidur awal.
Note
Love turns work into rest
