Since dah start jaga makan ni kan, aku rasa musuh pertama aku adalah penimbang berat badan, entah kenapa jadi benci naik penimbang, mana tak benci ekk, 11 tahun ulang naik bukan makin berkurang, makin bertambah angka ada lah. Dan benda ni lah buat aku demotivated, jadi untuk mengelakkan that feeling aku dah target sebulan sekali aje naik penimbang, aku nak fokus Inchloss kali ni, dan alhamdulillah aku rasa keputusan tu buat emosi aku happy, sebab baju aku sebelum ni ketat sendat, sekarang dah rasa somepart longgar terutama bawah ketiak, even aku rasa kalau naik penimbang berat aku masih di takuk yang sama, static,kihkih. Dari 72kg ke 70.4 last time penimbang hasil dari dok day 1 ulang dan ulang lagi,wakakka. Jadi since angka tu aku malas dah naik penimbang, benciii tapi rindu.
Bila fokus inchloss memang everyday aku spend masa buat strength workout, puashati sungguh bila dapat buat workout ni. Betullah bila berpeluh,badan bergerak memang boleh rasa inner peace dalam kepala otak right after mengah and rest mode dari workout tu. Tak tahu nak describe macam mana, tapi korang kena buat, tapi ada jugak aku nangis lepas workout, rasa nak give up, adoi, ni dah start balik hope Allah kuatkan hati. Yang buat je boleh rasa. Everyday briskwalk pun kena buat tambah lagi yang jenis body pear macam aku ni. So hari jumaat pun cabaran besar buat aku sebab hari jumaat biasa aku malas masak bersambung sampai hari sabtu ahad, jadi makan tu kena beringatlah kalau pergi kedai tapau makanan. Apapun hujung minggu memang ujian untuk aku yang sentiasa on the road every weekend. Singgah situ sini,mulalah tekak pun haishh. So day 5 alhamdulillah, settle semua routine.
The beginning is always NOW
