Aku tak tahu orang lain, tapi aku selalu ada persoalan bila nak buat workout/briskwalk masa terbaik? Kadang lepas makan aku berjalan sat 20minit. Kadang time datang rajin tetiba dah terhayun kettleball, datang ribut menekan-nekan nak lemak dalam badan terbakar gituhh,hahaha. Tapi bila sesuai sebenarnya? Time perut kenyang aku menghayun beban boleh mengekek sorang-sorang, tak bergolek ke makanan dalam usus aku punya semangatlahhh, takdan dan makanan turun ke perut. Aku ni takde timing tersusun lagi buat briskwalk dan workout, semua ikut mood aku je buat masa sekarang yang penting tick dah buat.
Tapi lepas beberapa buat banyak version dan timing aku rasa dah jumpa timing best briskwalk dan workout, iaitu belah pagi, dalam pukul 9-10pagi. Aku buat dua-dua terus lepas briskwalk terus sambung strength workout. Petang aku fokus hayun kettleball, uiii mantap betul impactnya. Lepas isyak aku dah tak boleh stay, mata nak pejam badan dah full workout, memang meminta tidur jelah. Memang the best petang buat yang heavy sikit, peluh bukan takat lencun, aku rasa lepas penat menghayun, terbaring rest sekejap tu rasa macam keluar firework dalam kepala otak, tak tahu apa benda jadi tapi aku rasa release sangat. Lepas tu bila dapat mandi plak dengan air sejuk Ya Allah heavennya. So korang yang payah nak tidur malam, try buat. Aku lani memang jarum belum 12 tengah malam takpun tak pukul 10malam lagi aku dah kebulan tak sedar apa tidur. Spray plak magnesium oil kat tapak kaki dan kepala, lagi tak sedar apa-apa tahu-tahu dah subuh, perghh.
Tapi-tapi yang aku baca the best time nak briskwalk, atau mild run/jog masa awal pagi macam Mr.POV tu buat, pepagi buta lagi dah berlari, aku rasa best timing awal pagi lepas subuh juga sebab aku pernah outdoor briskwalk sebelum matahari terbit, memang lain ye impaknya. Disebabkan kekangan atau malas nak keluar rumah, aku buat version aku jelah (takut anjing liar berkelirn + insecure dengan orang bawak motor). Biasa lepas briskwalk pagi aku keluar berkebun kejap 30minit sambil jemur muka kat cahaya matahari tapi kadang dari 30minit jadi sejam, ikut mood, kalau tak belah petang aku masuk kebun tapi bahaya sebab berkebun waktu petang lagi syok ,tahu-tahu dah nak masuk maghrib tu sebab the best time masuk kebun pun waktu pagi. Sunlight free vitamin D free. Aku baca ada yang payah nak turun berat badan even dah cut gula, buat workout rupanya tak cukup nutrisi vitamin D, K, omega and some mineral lain, aku tak ingat dah, bila tambah pengambilan nutrisi yang vitamin tu berdesup laju turun berat. Tu nak katanya cara penurunan berat badan kita berbeza, kita je tahu bagaimana dan rasa badan kita function, yes kita boleh rasa, kita ada instinct dah kita boleh rasa how our body works.
So bila lalui proses turunkan berat badan make sure buat kita rewind balik kat otak details yang kita lalui hari-hari. Macam aku ni salah satu cara aku buat post like a diary everyday secara general sepanjang tempoh dapatkan berat badan ideal ni supaya aku ingat every pain, moment, emotions dan of course meals, yang aku buat tiap kali makan, dan workout yang aku paksa diri commit. Ni pun satu sebab untuk support mind shifting, ada evidence and documents yang kita boleh tengok apa yang kita dah buat selama mana untuk hasil nanti. Kind of therapy juga kalau yang suka amik photo makanan, hias-hias sikit. Aku suka tengok ig yang share meals plan ni, terapi cuci mata dan juga kasi ideas untuk aku yang kadang tak tahu nak makan apa, thanks you ouls for kind effort for me yang in progress. Orang cakap rules nombor satu nak turunkan berat badan kena rahsiakan nanti tak jadi, yang tu ikut pandangan sendiri lah, aku selagi boleh cerita, nak cerita, wakaka tambah lagi bab merentan tak boleh makan, benda sabit makanan ni boleh buat angin satu badan mood swing. So aku sangat bersangka baik segala post yang aku buat ni akan kasi semangat kat orang lain yang ada matlamat macam aku gak, goo....yakin sangat macam ada orang baca aku merapu ni,wakaka. Well buatlah macam ramai audience walaupun kita ja audience nya, macam IG stories version, share story bukan untuk orang tengok, tapi untuk memories sendiri ulang-ulang tengok, sama juga la kekdah aku guna buat post dapat berat ideal ni, yeahhh
‘Hidup kita ni adalah bagaimana sangkaan kita kepada Allah, kalau kita bersangka baik maka baiklah kehidupan kita’
Noted,
Progress is a nice word. But change is its motivator.
