Day 9 Turunkan Berat Badan

Masuk hari ke sembilan dah,kejap je tahu-tahu dah nak settle dua minggu. Your willpower lead you nak teruskan ke tak? Ada orang dah give up masuk minggu ketiga and so on, macam akulah dua minggu program kurus nak berakhir aku give up, kenapa entahnya,rugi plak, tapi lebih ke rasa macam tak jujur kat diri sebab banyak part aku cheatday. Rasa macam kenapalah tak disiplinkan diri dan tegas kat diri macam tu. Takpelah benda dah lepas, yang ni kita buatlah better version step semua dah tahu, nak mula balik ke tak je. 


So today aku pilih makan ikan mackerel kes teringat video mat turki dok grill ikan mackerel buat shawarma, sedap betuii. Dalam tempoh diet ni menu berasaskan ikan digalakkan sebab senang hadam. Selain tu aku kalau tengah jaga makan, even cukup air ada hari jadi tak lawas macam biasa. Berak everyday and punctual for life. Tak berak jadi something wrong somewhere. Kalau banyak hari sangat tak berak mula sakit kepala dan lead to demam, akulah sejenis macam tu, so kena make sure berak setiap hari. Umur macam aku ni sumber omega pun penting sangat sebab bagus untuk otak tu pun ye, tapi bagus juga untuk kesihatan mata juga. At all memang omega perlu untuk support nutrisi yang diperlukan tubuh badan.


Korang kalau tengok dan baca orang tu turun sekian-sekian dalam masa sekejap, tempoh pendek, korang jangan gelabah dan letak diri dalam keadaan sama, ada orang memang mudah aje turun berat badan, ada orang memang sulit nak turunkan berat badan semuanya bergantung kepada badan masing-masing dari segi metabolism, hormon, dan pelbagai faktor lagi so jangan nak compare situ sini kalau tak, tak pasal stress. Rajinkan follow tentang cara workout, cara tackle hormon etc. kat situ bila dah faham insyallah korang steady je turunkan berat badan. Make sure setiap hari air cukup, aku ambil spritzer sebab terbukti aku tak ulang alik masuk tandas buang air kecil kes minum air kerap, tu sebab jarang minum air mesin sekarang. Nampak gaya lepas abis contract ni tak sambung dah, borong minum spritzer lagi berbaloi, hihuuu.


Note,
Rule your mind or it will rule you