Day 12 Turunkan Berat Badan


Korang ada terbaca tentang OMAD tak, tu bukan gossip pasal orang , tapi tentang salah satu cara nak turunkan berat badan juga tapi makan sekali sehari je, yang lain telan minum air aje. Mean satu meals kena betul-betul kenyang dengan protein dan serat yang cukup, aku dah pernah try buat tapi itulah, sekali makan nak makan kenyang-kenyang sangat memang tak boleh, dah sifirnya berhenti makan sebelum kenyang, aku kalau makan kenyang sangat cemtu jadi tak bertahan lama, so IF setakat ni antara yang aku boleh follow. OMAD maybe next time pula boleh cuba lagi. Aku ni penggemar nasi juga, jadi nasi tak boleh tinggal lama sangat, dia mai rasa menjejes nak makan, memang kena makan sikit, portion 4 sudu ye, lepas rasa nak merasa tu ok getbackla balik dengan menu lauk saja. Begitulah kena tackle supaya tak jadi sweet revenge, cheatday berhari-hari. 


Bab cara makan ni kan, sebenarnya senang je sebab kita tahu cara, makanan kita suka dan makanan jenis macam mana boleh kita telan makan, jadi korang adjustlah menu yang boleh korang telan. Menu telur, seminggu boleh lagi aku kunyah masuk minggu kedua aku tengok telur pun dah boleh buat aku rasa loya ye, tu sebab aku tak specific mana-mana lauk setiap minggu, aku buat ikut tekak aku nak makan aje. Fokus cara masak, grill, rebus aje ,then kurangkan atau cut terus penggunaan sos-sos, tu je. Sebenarnya kalau bab masak menu diet ni, 15minit aje penyediàannya, tu akulah, memang jimat masa aku bila kena jaga makan ni, potong campak kacau, makan. Tu antara kelebihan bila jaga makan, tapi kalau yang ada anak dan masak untuk family ni kadang aku buat menu sama tapi jaga portion makan, atau memang aku buat menu asing. Disebabkan sediakan makanan mudah, jadi aku okay bab menu diet ni. 


Cuma itulah bila balik kampung ni aku tak boleh tidak, untuk menolak dari makan sedap, so hari ni 3meals aku makan, pagi tengahari, malam, semua pun dalam kategori berat, tapi aku taknak lah rasa bersalah sebab memang happy dapat makan dengan family, nak control pun tara mana, takleh obvious sangat,orang nak jamu kita pun serba salah nanti, so kat kampung aku cheatday lah sehari dua. Nanti aku fikir balik, dah kat rumah sendiri nanti nak tune balik camne, telan bellos fiber kitsui 3hari berturut atau buat water fasting aje. Jangan menekan-nekan diri sendiri sudahlah ekk. Benda makan ni jadi najis jugak, jangan dok gelabah.


Note,
your calm mind is the ultimate weapon against your challenges