Day 21 Dapat Berat Badan Ideal

Hari ni malas sangat nak menaip sebabnya rasa letih kena air garam, orang kata nak bagi badan rasa fresh energy lain macam, mandi air garam. Aku apa lagi, tak beli garam berkilo, cukup pergi terjun mandi dalam air laut terus, sedap uii. 3 jam rasa macam seharian mandi, padahal kejap je. Tapi memang badan recharged, auto rasa lain bila badan kena air garam, sentuh menapak atas tanah, pasir. Membumi atau grounding memang bagus untuk lancarkan peredaran darah, Dan lagi best memang buang segala cas-cas negatif dalam tubuh badan kita. Kalau berjalan atas rumput ada embun lagi power memang lain boleh rasa beza berjalan atas tanah macam mana, atas pasir, atas batu, atas rumput, semua beza rasa impak tu. Korang kena buat dan rasa sendiri baru boleh tahu, berjalan atas tanah selut lagi best,uihhh tapi nak jumpa tanah selut stail tanah liat tu payah lani. Takpelah berjalan je dengan kaki ayam kat mana-mana semua best. 


Kalau ikut energy, aku dah nak tidur,mata dah minta pejam dah, badan dah in Alpha waves dah ni, tapi tahan jap nak settlekan journaling aku hari ni. Memandangkan pepagi lagi nak keluar, mode zasss zaass pagi lagi, breakfast, dan buat strength workout 30minit sebelum keluar, siap! Mandi air sejuk, terus keluar, sengaja cari tempat yang boleh menapak banyak sikit sebab ambil peluanglah alang-alang dapat tukar view briskwalk. Alhamdulillah hari ke -21 dah, zon berjaga-jaga sebab new habit kat Neuro baru terbentuk/terbina tapi dalam line yang agak kecil sehalus sehelai rambut(perumpamaan) baru je lahir orang kata, merah lagi, tak boleh nak beria lagi, bila-bila masa line tu boleh kiok atau putus balik. Jadi nak kukuhkan Neuro new habit kena tambah ke 40 hari, jauh lagi perjalanan aku wehh, tapi apedehal kan? 



Moga new habit yang baru terbentuk ni terus cemerlang, mendunia dalam otak aku walaupun 'noisy' tu datang tak pernah jemu. Hari ni baru cheatday betul-betul ye, alhamdulillah nikmat Allah kasi rasa. Esok start dengan tak tahu lagi aku boleh buat ke tak, go jelah dengan apa yang di plan kat otak, harap otak boleh followlah even extreme sikit dari biasa. Moga Allah bantu minggu ni, dapat follow ke tidak, esok baru update ni. Apapun korang esok isnin, jom mula, suku-suku separuh, IF, Keto, buatlah asal diri sendiri mampu buat, tak pressure diri sangat. Tapi kalau dah niat sebulan nak turun 10kg, pergilah Google atau cari kat threads ramai share caranya, aku kat sini santai, lek-lek piss je, takde nak kejar apa, tapi tahu nak kemananya nanti, insyallah kihkih. Kalau ikut nak cerita pasal journaling teknik Kaizen, aku dah tak larat nak taip, good nite uols. Theta waves melambai-lambai dah ni, moga dapat deep sleep nanti, nangisla hormon cartisol aku nanti kena cantas, Amin.


Note,
You get what you repeat