Holla, alhamdulillah hari ni ingat nak taip cerita pasal visceral fat, kita nak get rid benda ni dari tubuh kita, kena faham dulu depa tu siapa dan apa, jangan benci, tapi fahami, kalau benci lagilah depa tak nak berpisah dengan uols tahu? Tapi esoklah ekk, timing aku tidur ni tak boleh nak taip panjang. So here today alhamdulillah Allah izin sampai lani buat gallstones flushing hari ni, puasa dua puluh empat jam, aku ingat kan dah terbaring seharian ye, yelah tak makan apa-apa.
I need eating to use energy (my brain screaming), rupanya badan aku dah overload extra energy tersimpan rapi dalam visceral fat itu pasal kenmain hari ni ye bertenaga. Mula-mula dah terminum kopi pekat, baru tengok jam, nasib baik dah lepas 8 pagi, kalau tak jemput kartisol hormon tak pasal. Lepas mengopi aku layan briskwalk. Jadi hari ni bila takde aktiviti makan-makan rasa kosong aje hidup, sunyi, macam-macam lagi otak aku mencari 'sesuatu' untuk dimanipulasikan. Haahh! Aku dah tahu taktik, jadi aku kerapkan minum air kosong untuk hilangkan rasa nak makan tu, selang masa aku minum air lemon, untuk support tubuh badan supaya tak terkejut sangat bila makanan takde masuk usus aku hari ni.
Korang agak-agak aku dah berapa jam ni hadap minum air aje? Aahh, ye 24jam! Macam tak percaya boleh buat, hari ni alhamdulillah takde pula bunyi perut aku tanda lapar, biasa timing nak masuk waktu makan dah kecoh bunyi, aku rasa otak aku dah siren terus tu masuk zon lapar dah lepas, craving dah lepas, mesti depa dah suruh badan terjah 'gold' saving yang tak terusik sekian lama dalam badan ni, hmm bior je depa. Malas aku nak ambil tahu, tahu depa buat kerja nanti. Yang pasti esok aku bangun doanya dengan penuh energy juga. Allahummabarikk.
Kalau ikutkan ni kali keempat dah aku buat gallstones flushing, masa mula-mula buat follow Dr. Mani formula, puasa 12 jam dan minum detox water tu( olive oil+ lemon), perghh memang mantap betul keluar ye baru sebesar ibu jari kaki paling besar, then yang lain halus-halus, campur pasir-pasir bersama lendir hijau+ kuning, batu yang keluar pun warna hijau+ plus dan itu memang warna gallstones orang yang ada high cholesterol macam aku. Tu yang puas hati buat, then pergi check level kolestrol dari 6.8 turun ke 5.1. Lepas tu lama betul tak buat, hinggalah baru-baru ni pergi check naik balik kolestrol aku. Tapi betullah Dr. Mani tu pun pesan orang perempuan kena buat flushing ni ,sebab orang perempuan senang gallstones tu nak terbentuk. So alang-alang buat water fasting aku sekali harung buat gallstones flushing ni. Best! Memang boleh rasa beza badan sendiri. Esok tak tahu apa plannya lagi, aku dah plan, tapi tak tahu lagi nak teruskan ke tak? Tengok macam mana, insyallah.

