Allahummabarikk, Allahuakbar, Alhamdulillah rasa macam tak percaya aku boleh completekan 72jam water fasting, last meal aku pada hari Ahad 5.30petang siap makan, last meal pulaknya memang favorite aku, kerang rebus dan mee Kari, ermm aku rasa kebanyakan makanan favorite aku, wakaka. So tulah last meal aku sebelum aku decide buat 72jam water fasting sedangkan sehari dua sebelum tu memang takde plan pun, so on the way balik dari musafir lepas makan aku, aku doa dalam hati, aku tak tahu kenapa aku terlintas nak buat 72jam water fasting tu, instinct tu datang cemtu je sebab masa tu aku tengah fikir hari isnin aku nak buat IF ke suku-suku. Jadi dah instinct tu mai lalu cemtu je, aku doa Allah permudahkan kalau isnin tu aku start buat water fasting. Alhamdulillah not easy journey for 3 days straight without food. Tapi semua kesabaran, kekuatan tentunya dari Allah taala, crying thank you ya Allah i'm nothing without you, sobs. Jadi kiraan aku start pada 6petang tepat aku start puasa.
Punya semangat yelah first day,lapar tu takde rasa ye, berbekalkan semangat hari pertama aku siapkan bone broth siap-siap, beli air kelapa fresh lebih untuk aku minum sebagai electrolytes drink bekal tenaga aku sepanjang 3 hari ni. Asingkan isi kelapa dan bekukan. Dan alhamdulillah syukur juga aku buat semua tu first day, sebab semangat aku dah terbahagi dua masa hari kedua. Uiii tak tahu nak kata, hari ketiga lagilah pagi-pagi lagi aku rasa lemau hilang semangat, minum air perahan lemon suam, kasi shock buat Neuro, bangunkan depa, then rasa motivated balik lepas mandi air sejuk dan scrub badan, siap mandi terus mengopi. Alhamdulillah siap mengopi solat etc dan aku teruskan dengan langkahan kaki. Ya Allah berkahi langkahan kaki ini menuju Mu,Amin. Kalau dah sebut macam ni sudah, mulalah aku menjejes, hati tisu sungguh ye. I cannot la, sobs. Jadi lebih semangat.
Nak tengahari aku make sure badan dah terima 1Liter air, dan aku refresh badan Celtic salt kali kedua, kali pertama aku ambil lepas solat subuh dan minum air kelapa perah lemon campur garam pink. Centic salt for what? Banyak sangat manfaat tapi yang pasti aku lebih bertenaga, hilang lemau etc. Tengahari rasa lebih semangat sebab ada motivasi baru, 6 petang ni aku dah makan first meal aku selepas 72jam iaitu bone broth. Aku guna daging dan ayam, mix sebab nak bagi rasa sedap. Ikutkan nak beli tulang sum-sum, dia time kita cari tu lah takde ye, jadi aku beli tulang biasa aje, nak sedap kena letak seleri pun takde ye, time kita mencari nak guna, begitulah sifirnya. Jadi aku gantikan dengan batang leek, letak carrot, grill tulang dengan daun dills dan bawang putih dulu sebelum reneh 4jam dengan bahan lain . Perghh, effort tu! Betullah, now or never.
Dapat rasa first meals pun buat mata aku berkaca-kaca, Allah! this is not hard compare to Rasullullah s.a.w dan isteri serta sahabat yang kena boikot oleh penduduk Makkah hingga berlapar,dan juga berlapar ketika Perang Khandaq hingga kena letak batu kat perut untuk kurangkan rasa lapar, sedihnya aku mengingatkan perjuangan Rasullullah s.a.w. Journey ni bukan tentang aku semata, I know what I'm doing, korang buat jangan sebab FOMO, for healthy sake of course it's good, tapi ingat every start, every instincts, every move semuanya pasti dari DIA, so niat baik-baik, be better. Aku masih ingat my latest birthday, aku doa, aku mai terfikir umur aku dah cemni takkan aku nak stuck kat level lama lagi, I have to upgrade myself, kubur kata mai dah tapi peel tak berubah, jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur. Dan journey ni tanda syukur aku atas nikmat yang masih aku nikmati hingga saat ni, alhamdulillah.
Sebenarnya water fasting ni dah lama aku nak buat sebelum aku join program kurus yang aku gagal selesaikan. Masa tu aku follow Dr Razin Jaafar, memang every details steps aku dah hadamkan, siap pakej beli product lagi, punyalah semangat gila. Tapi flip flop semangat tu, buat gallstones flushing dah, lepas tu kelaut. Makan tak ingat dunia, lepas join program kurus 3 bulan, aku ingat nak buat masa tu kononnya, tak jadi, failed. Aku surrender everytime nak reach timing 18hour fasting tu. So lepas decide nak start journey ni sendirian, memang aku set IF je dulu dari 12jam, 16jam, up to 18 jam, then aku rasa body aku dah boleh follow aku rasa tu yang instinct tu mai, pun dari Allah juga sebab ikut kemampuan diri aku, seriously memang aku rasa takde daya dan kekuatan.
Apa pun makanan anak-anak, suami okay lagi setiap kali aku sediakan, alhamdulillah boleh tahan rasa terliur tu, yang tak tahan kau punya partner tak pernah zaman masuk dapur memasak, masak untuk anak-anak, aku pun jarang sekali boleh makan air tangan laki sendiri, sabor jelah aku. Betullah selain holiday enemies for weight loss fighter, partner kau pun main peranan penting. Tapi sebab aku dah faham game ni, alhamdulillah tak terperdaya. Korang mesti annoying kan tengok video's kat igs share kalau wife start workout mulalah datang planning si suami nak hamilkan isteri balik, annoying kan? Aku pun sakit hati, sebal tengok, not funny pun. Jenis partner cemtu memang sikit pun takde ihsan dan empathy, takde bagi support untuk isteri untuk dapatkan diri sendiri balik. Aku ni syukurlah aku dah bagitahu awal-awal, tapi itulah nature orang laki tambah bab makanan laki aku memang surrender dari offer kat aku, sebab asbab makanan aku banyak kali merajuk, so tak boleh salahkan laki sendirilah, hahaha. Dan aku tak salahkan laki aku sebab this journey is mine, I'll take charge and take the control.
So alhamdulillah yahuuuu, 72hours water fasting aku berjaya buat. Sejam lepas hirup bone broth aku makan telur dan avocado, memang recipe ni aku follow suggestion dari kebanyakan pengamal water fasting. Korang nak buat make sure kenal pasti dan fahami diri sendiri, ambil ilmu, fahami, sebelum amalkan, jangan ikut-ikutan tanpa arah dan kosong. Buat dengan ilmu okay. Aku ni kalau senaraikan program kurus yang join dan follow ramai jenis coach dah, ilmu pun banyak sangat aku dok peram, tapi itulah ilmu tanpa amal is nothing, ilmu yang Tuan Kevin Zahri tu pun takdan-dan lagi nak share, cukup aku share yang aku buat je,dan tentunya apa yang aku buat datang dari mereka-mereka yang rajin share ilmu tentang kesihatan, terima kasih semua. Moga berganda pahala semua yang take so much effort supaya semua rakyat Malaysia sihat sejahtera, percayalah usus sihat, otak sihat dan badan akan turut sihat. Perut adalah otak kedua manusia, so take care your gut seriously.
Apapun yang masih in doubt, jangan tangguh. Jangan tunggu perfect, buat dengan apa yang ada. Minta doa dengan DIA, jangan biarkan kita bergerak keseorangan tanpa tuntunan-NYA, insyallah it feel more better. Esok tak tahu lagi aku nak buat IF atau suku-suku separuh, tengoklah apa aku update nanti. Oh yaa, satu lagi kan, aku rasa badan aku ni dah boleh detect semua jenis cara strategies nak weight loss ni, kecuali satu cara ni je aku tak pernah try seumur hidup, aku baca antara salah satu cara nak break the plateau kritikal kena buat something yang badan tak pernah rasa, jadi aku rasa ini antara badan aku kena feel, lelemak degil so call visceral fats yang menguasai segala jenis organ aku, bawah kulit aku, kena bom kat dalam nun, you can feel your body, like fireworks kat Neuro aku, and aku boleh rasa how 72hours water fasting impact padu dan mantap sangat kat visceral fat aku, good bye uols! haaah!tulerr sapa suruh degil sangat. Aku kalau dah marah, memang diluar nalar, dengan anak-anak boleh jadi monster, dengan visceral fat, meh battle lagi kau buat hal!






