Day 28 Dapat Berat Badan Ideal



Wehh, ya Allah punya konpiden aku arini, semalam patutnya aku buat journaling jap, tapi mata semalam memang tak mampu bertahan, lepas isyak aku terus krohh takdan nak mikir apa, rupanya konpiden aku buat journaling tu dalam mimpi ekk, nak buat post untuk malam ni baru perasan aku tak post semalam, post dalam mimpi ajenya, wakaka. Yang penting konpiden. nak Sabor jelah. Yang pasti ramai puasa hari ni insyallah. 


Alhamdulillah semalam rasminya genaplah 4 minggu sudah perjalanan 'small habit' aku. For sure rasa tak percaya sebab semua depends on only me, no circle, just me vs me. Pun dah rasa berat dan heavy crowd for me. Rasa in doubt, fear, semua dah takde dah,  nampak jalan clear dah kat depan apa yang aku kena lalui, dan pastinya cabaran tu untuk pengalaman diri. Tak tahu macam mana nanti, kasi redah ajelah ekk. Semangat, motivasi benda naik turun, tapi nak kena hadap juga. Macam hidup, penuh ujian, kita tak nak tapi kena hadap juga. Hidup tanpa apalah gunanya. Dengan ujian hidup lebih baik, hidup bertambah baik, insyallah. 


Semalam singgah makan kat nasi ayam, ikutkan nak oder lauk aje, tapi itulah ujian weekend, sudahnya oder juga satu set, sudahnya habis lauk aje, nasi aku makan suku aje, ini orang kata tamak. Sudahnya terbazir makanan, nak makan memang tak boleh telan dah kenyang. Rasa macam nak up hours untuk IF lepas selesai hari Arafah, tapi itulah benda tak tahu lagi, tengok situasi semasa macam mana, anything can change over time, lalui dulu yang sekarang dengan sabar,kihkih. Sampai rumah sempat layan workout plak, roadtrip tak jauh sangat tapi duduk dalam kereta memang meletihkan tambah pergi tambah peluh,memang semalam aku tidur awal beno. Apapun Alhamdulillah.


Note
Need control over habits