Korang mesti pernah ada instinct kan, kenapalah aku nih payah benau nak kurus, nak turunkan berat badan? Aku pun cemtu, that question memang keep coming bila hadap cermin, rasa bercampur baru, kesal, kecewa, sedih, dan aku rasa tak happy sebab tak faham kenapa sulit nak turunkan berat badan? Betul dak? Perasaan, emosi semua datang last-last koyak, kalah tisu. Rasa failed, rasa give up, rasa macam-macam yang tak best. Tapi, ada sekali aku Mai terfikir kenapalah lemak aku ni degil sangat ehh, kenapaaaaa?
Lepas tu baru terfikir lemak lembut yang aku suka dok makan, lemak-lemak kat depa ada yang best ada yang buang masa siang lembut mentah, ha'ah! Raya haji nak dekat ni korang peratilah, ada lemak lembu offerlah kat siapa-siapa, semua tak nak! Tapi some part lemak orang berebut. Aku baru perasan ada lemak tepu dan lemak tak tepu. So kita manusia pun sama, ada lemak tepu dan lemak tepu dalam tubuh badan kita ni. Lemak tepu (pepejal), kalau bahasa pasar lemak degil, dia punya degil tu nak bakar dia (kalau lemak lembu) memang ambil masa yang sangat lama, dan rasa dia sangat tak sedap ye, sudahnya cemtu degil bawak pula mudarat kalau ambil dan kita manusia kalau ada berlebihan lemak tepu ni memang bahaya sebab ia dikategorikan lemak jahat. Kesannya boleh tingkatkan kolestrol LDL dan tingkatkan risiko dapat penyakit jantung kardiovaskular. Perghh, aku lah tu, kolestrol aku ni boleh tahan juga tingginya, tapi masih terkawal, yang dah tak terkawal sampai timbul bintil kolestrol kat area mata. Seramnye, sebab aku tak ingat tahun bila memang ada bintil tu sebijik dua, masa tu aku tak buat lagi healthy checkup ni.
Alhamdulillah some part of life terlibat dengan sesuatu urusan maka diberi kesedaran untuk buat check up, sebab tu aku tahu dah tahap kesihatan sendiri masa tu. Manakala lemak tak tepu meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan menyihatkan jantung. Lemak tak tepu (omega-3/6) adalah penting, berbanding lemak tepu yang perlu dihadkan. Badan kita ni memang perlukan dua-dua jenis lemak ni, lemak baik dan lemak jahat, tapi kalau lemak jahat menguasai, sudah! Jadi visceral fat tu apa?
Visceral fat lemak tepu+ lemak tak tepu yang balut organ dalaman - hati, jantung, pankreas. Bila lemak ni banyak sangat, bukan thighs, perut, peha kita je jadi berisi, gemuk, tapi lemak jenis ni akan hasilkan hormon keradangan yang boleh rosakkan sistem badan dari dalam. Seram wehh! Dan jangan tak tahu lemak ni tak kira yang underweight, obese semua ada malah kadang yang underweight lagi tinggi visceral fat. Visceral fat ni silent killer for us sebab apa? Sebab dia akan kacau hormon kita, metabolism tubuh kita dan peratusan dapat penyakit diabetes, jantung tinggi ye!
Aku tak ingat tahun bila aku pernah pergi check ye body mass, bacaan aku 13 ye, gilerr tinggi even masa tu aku tak obese lagi macam sekarang, aku agak dan instinct body body fat visceral fat aku masih tinggi. Tengok luaran, tengok body sendiri kat cermin memang tak nampak apa, tapi aku tahu part mana lemak visceral keras/tepu ni berkumpul, yes! Kat thigh aku dan perut. Yihhh. Takpe as long as aku dah faham bagaimana nak tackle visceral fat ni.
Visceral fat ni akan bertumbuh, bertambah macam mana? Macam mana boleh wujud? Dari pemakanan dan gaya hidup kita. Kita suka makan dessert, makanan minuman manis, kurang bergerak dan tak aktif, banyak duduk, rutin tidur yang tidak teratur, stress etc. Perasan dak dari mana hormon kartisol ni datang? Ye dari lemak-lemak jahat visceral fat ni lah, lemak jahat bukan sekadar degil, keras, payah nak buang, dia ada pula ada kelebihan lepaskan bahan kimia radang dalam aliran darah tubuh kita. Kesannya badan kita cepat penat, berat tetap naik even jaga makan, brain fog( pemikiran malas, terganggu, tak clear, lupa etc), hormon kacau juga.
Macam mana nak tahu body fat kita? Korang pergi farmasi berdekatan tanyalah boleh buat checkup body composition. Tapi korang jangan risau visceral fat ni even degil, insyallah kita boleh buang mana yang tak perlu melalui macam-macam cara. Lani fahamkan je dulu visceral fat yang ada dalam badan kita. Lani nak check sendiri pun boleh order je smart scale kat shopee yang brand OMRON /INBODY.
Apapun korang kalau takde tools nak check semua tu, korang pergi berdiri depan cermin, perhati setiap inci tubuh, korang puas hati dak dengan tubuh sendiri? Sekadar nak sedapkan hati sendiri tak payah kalau berat badan dah obese, situ sini berlipat, dah jom sama-sama ubah, benda takkan berubah selagi diri sendiri tak nak ubah. Mengeluh, kecewa, buang masa juga kalau kita tak move forward. Mohlerr kita cari real food yang confirm sedap sihat. Visceral fat ni key point dia ubah gaya hidup, gaya hidup ni cover big thing dalam kehidupan kita yang libatkan rutin harian kita, pemakanan kita etc. Jadi mula dengan big mission ubah gaya hidup, lepas tu kecilkan skop macam yang aku dok share selama beberapa hari dah ni. Tak mudah uols tapi insyallah boleh kalau betul NAK!
Love your body because you only have one

