Amboii takdan dan bagi tips, tapi pedulilah! aku pasti apa yang aku kongsi ada yang jentik otak korang kasi semangat nak mula briskwalk. Aku agak ramai orang ada masalah macam aku, malas nak briskwalk, banyak sangat alasan kalau terfikir nak buat. Ni antara alasan yang pernah otak aku senaraikan untuk aku tak buat briskwalk ni. Aku kena share sebab ramai orang tangguh buat macam aku dulu,
Boringlah
Letih
Takde masa, yelah pagi-pagi nak pergi jem, balik pun mengadap jem, jadi celah masa mana nak pergi briskwalknya nyahh!
Nanti-nantilah!
Tengok mood macam mana?!
Takde orang teman, takutlah! Tak best!
Serabutlah, tak suka pergi taman jalan dengan orang lain
Itu antara senarai alasan-alasan yang pernah datang dan pergi dalam kepala otak aku, berulang-ulang. Aku pernah dulu nampak post someone kat ig dia briskwalk dalam rumah, how? can you imagine that boring?! Dan akulah orang yang mengata boring tu, aku buat hari-hari briskwalk skarang, dah hari ke 18, dan juga buat dalam rumah je,hihii. Rasa macam tak percaya! Tak boring rupanya. Otak aku je bagitahu cemtu. Kenapa tak boring, sebab aku distract boring aku sambil membaca, ko boleh imagine?! Kadang aku baca buku, kadang dengar podcast, ceramah agama, lagu yang aku suka, zikir, aku buat semua aktiviti sambil briskwalk dalam rumah aku. Point place aku pusing meja makan dan ruang tamu, Dua tempat tu pusing-pusing kadang 30 minit, 10 minit kadang dalam tak sedar 5km aku buat dalam tak sedar? What?! Yeah! Itu yang aku rasa wow, mana boringnya. The best reward after briskwalk everyday dalam rumah, hujung minggu aku keluar briskwalk kat luar, tengok pokok-pokok, awan, bunga, dengar bunyi burung. Ya Allah i'm cried, so much blessing and so grateful Allah masih kurnia peluang untuk aku buat dan lihat semua ciptaan dan kebesaran Allah.
Kita tahu diri kita macam mana kan? Ada orang perlu berteman, ada orang tak perlu, kalau korang rasa tak best jalan sorang, pergi taman-taman, kat situ ramai orang beraktiviti, berlari, briskwalk, kayuh basikal, takde masa lah pula? Aku pun dulu jenis rasa takde masa, sebab aku suka baring je scroll telefon lepas anak-anak pergi sekolah, sama ada aku bantai tidur balik bangun nak dekat tengahari, penat? Kadang bukan buat apa malam, scroll telefon juga sebelum tidur tertengok movie jadi tidur lewat, itulah sinopsis pendek kenapa hormon kartisol aku tinggi mencanak, berat stuck teruk, tak turun-turun. Jadi aku set lepas anak-anak settle dah, aku kena buat briskwalk sekejap pun takpe, asal BUAT, then the rest is history, hari ke 18 dah sambil dok bergaduh dalam otak sendiri. Payah kan kalau kita fokus in big picture? Jadi fokus kat small picture, small action, otak tak rasa beban dan berat. Alhamdulillah takat ni dengan small action aku bergerak, tetap bergerak. Aku tak nak tengok big result, ok done 10,000 step! Itu beban bagi otak aku, jadi cukup aku set 10 minit aje bergerak, tapi bila dah gerak biasa akan jadi lebih 30minit, aku pun tak tahulah kenapa. Penting kat sini START NOW je.
Takde tempat nak briskwalk, rumah sempit, keluarlah? Sibuk kerja pula. Korang back to day 17 aku pernah bagitahu tentang brainstorming rutin kita, apa yang gagalkan kita punya action, apa yang kita suka, tak suka, buat! Pasti ada loophole kita tertinggal tengok perhati. Lani kita ada thought nak UBAH pun, satu step changing dah, apatah lagi kalau kita buat small action. Priority! Kita ada priority nak UBAH, kalau ada listkan teruskan kenapa, and the list go on. Masa aku nak start briskwalk ni kan, ada satu kerunsingan aku, kan buat hangat-hangat tahi ayam, sehari dua layan, hari ketiga kiok, minggu pertama kedua ketiga okay minggu nanti tak tahu mana dah, itulah kerunsingan aku, padahal aku start pun tak lagi masa tu, siot betul! Wakaka, aku punya runsing tu dah macam start berhari-hari buat briskwalk. Benda baru dalam kepala otak, aduhaii.
Licik betul otak aku nih, hahaha. So bila dah datang kerunsingan aku tu kan? Aku pun pergilah mengadap cermin, perghh besar gilo ko punya thighs, yihhh? Aku pun google camne nak kecilkan thighs ni, keluar kat google BRISKWALK! wehh, hahaha. Aduii ya Allah, aku ni pemalas nak briskwalk, tapi sebab nak kecikkan thighs briskwalk paling sesuai, tepat, low impact, dan semua orang boleh buat tak kira tua muda, bangun dan berjalan, kan simple tu dari kena buat squat! Ha'ah, betul gak eh! Otak aku baca cemtulah, okay boleh accepted so aku cakap, kalau cemtulah jalan jelah santai hari-hari. Tu yang jadi push aku untuk aku briskwalk hari-hari. Dari buat squat kan? Begitulah cerita macam mana aku buat briskwalk. Dari 10minit ke 30minit and so on.
Tips Konsisten briskwalk, ini yang aku fikir dulu, sebab banyak kerunsingan, see the numberlah, seram makkk! Cuba kepala otak beginners macam aku ni nak capai numbers tu sehari hari, memang taklah!
Day 1: 10,000 steps
Day 2: 10,000 steps
Day 3: 10,000 steps
Day 4: 10,000 steps
Day 5: 10,000 steps
Day 6: 10,000 steps
Day 7: 10,000 steps
...
Realitinya, kita asal bergerak, kita BUAT! Show up everyday, tak kisah sekejap atau lama, kita in action.
Day 1: 1000 steps
Day 2: 3,000 steps
Day 3: 1,000 steps
Day 4: 4,000 steps
Day 5: 350 steps
Day 6: 10,000 steps
Day 7: 6,000 steps
Tengok aku punya average aku berjalan sebelum ni, hahaha. Memang hmmm..nak break habit pattern ni tak mudah tapi memang boleh dengan CONSISTENCY in small habit. Aku teringat masa aku dapat tahu untuk pergi Umrah, benda tu salah satu eager aku sebab aku tahu kat sana kena berjalan banyak, nak suruh laki aku teman berjalan kat luar memang tak lah sebab kerja, jadi aku takde cari lain masa tu, aku berjalan dalam rumah, masa tu tak fikir dalam rumah ni boring sebab fokus nak kena berjalan banyak kat sana nanti. Jadi kali aku apply benda sama juga, aku yakin Allah akan jemput aku berhaji nanti, tak tahu bila, tapi aku kena buat sekarang sebab sikit lagi aku nak berjalan banyak. Cemtulah antara pencetus-pencetus big why, push factor yang mungkin dalam perasan tak perasan otak aku dah saved. Jadi aku kena ada commitment sebab 'jemputan tu' maybe 5 tahun lagi, 1 tahun lagi, Allah ja tahu, tapi memandangkan aku akan pasti dijemput maka aku kena sedia. Dah jemput dah pergi haji nanti, balik cemtu juga ke? Kena set apa yang kita buat ni bukan sampai tempoh sekian-sekian, datelinenya sama macam kematian jugaklah, takde dateline. Terus rasa seram. Tapi begitulah. Even if untuk kematian pun kurang-kurang berat badan kita ni tak susahkan orang lain yang nak uruskan kita nanti, insyallah. So buat! Tengok langkah aku kat tanah suci macam tak percaya aku pernah berjalan sebanyak tu, amazing betul! Tak sangka diri sendiri beyond than 10, 000 steps.
Korang briskwalk ni aku tak tahulah apa kelebihan yang aku tahu aku kena bergerak in simple way. Tu ja fokus lani, tapi bila go deep baca facts tentang briskwalk ni terus aku woowwww! Ni memang underrated workout! Nanti nextime aku share fakta tentang briskwalk. Yang penting semua boleh buat. Ye semua boleh buat takde kasta, takde pilih-pilih. So korang yang belum lagi start briskwalk mohlerr kita, tak rasa best kena beli treadmill?! Beli je! Jangan fikir karang penyidai baju ke tak? Aku dah beli takdan setahun rosak sebab anak-anak buat lumba lari atas tu, boleh kira berapa belas kali aku naik, jadi treadmill tu hanya excuse aku aku rupanya, padahal takde tools pun kaki aku boleh menapak atas lantai rumah ni pusing keliling. Alhamdulillah. So jom briskwalk.
Work the version of you.. YOU WANT


