Alhamdulillah balik dari kampung ni bila part dobi, part wardrobe settle satu kelegaan besar buat aku, kalau dak sakit mata track jalan kaki terganggu,kihkih. Hari jumaat aku rasa masa laju dan pendek sangat masa, jadi rasa adrenaline rush tu nak buat rutin workout tapi asbab tools baru sampai, aku test buat briskwalk.
Harini kenmain dalam kepala otak nak makan itu ini, tanya anak-anak nak makan nasi Arab dak? Aku berangan nak buat, sekali dapat mesej adrenaline rush aku bertambah, dari nak masuk dapur bertukar kemas beg bagasi, kemas rumah apa yang tak selesai lagi, keluar tapau nasi kandar. Dari nasi Arab ke nasi kandar real quick, wakaka. Hantar anak solat jumaat balik, semua balik bersiap dan keluar rumah musafir.
Apapun the best thing, dalam kalut-kalut aku dapat buat apa yang patut aku buat, yang tak on track bab menulis routine tick and done je, semua kacau since balik kampung, doaku hari isnin semua in line balik. Ni orang kata cabaran, tapi how we response and maintain our consistentcy tu penting. Fuhh, jadi mak-mak ni nak back to pink version balik ni tak mudah ye, time lipat kain tadi entah kenapa air mata aku auto turun. Aku mai terdetik, letihnya jadi mak ni ekk,lepas selesai hal anak, selesai hal anak mertua pulak, then ulang, rasa penat tak tahu nak describe. Kadang rasa okay, kadang rasa tak, entahlah ekk. Tu sebab routine baru ni aku rasa lebih waras bila buat, dating dengan diri sendiri. Alhamdulillah atas semua nikmat dan ujian. Alhamdulillah 'ala kulli haal.
