Makan kenyang semalam, terus aku tak tunggu lama untuk lelap sebab seharian aku dah full dengan physical activity, letih plus kenyang,kihkih. Sebelum Azan subuh aku dah sedar, selesaikan apa yang patut, then aku start briskwalk kat kawasan yang depan mata ajelah, yang penting guilty mode sebab takdan 10minit berjalan lepas makan, terus padam. Aku rasa berjalan 10minit lepas makan ni sangat besar kesannya kat digestion. Dulu sistem makan aku, tunggu laki balik keje dah malam, baru makan sama-sama, then lepas tu tidur, aduii jadi tak tembun kenapa? Memang salah sendiri pun, sekarang betulkan balik sistem rutin hidup aku yang tunggang terbalik, bila bab makan malam stop pada 7malam paling lewat dah tu, aku rasa tenang, takde banyak benda nak fikir, lani asal 7 malam badan aku dah mode rest, fikir nak tidur aje lepas selesai isyak, itu ajelah.
Kadang mai terlintas juga apesallah orang lain senang je nak turunkan berat, aku tak? Lepas sedar, aku baru beberapa hari in progress pun dah kalut nak dapat resultnya, sedang aku bina dari dulu bukan sekejapan, bukan berhari dan berbulan, tapi berbelas tahun, diulangi berbelas tahun, yes! Dan ianya sangat tak logika dek akal nak get rid semua (lifestyles) yang terbina dalam beberapa ribu hari vs puluh hari. Jadi itulah motivationnya, supaya tak compare benda yang mengarut. Yang penting fokus buat aje. So korang camne? Dah hilang motivasi, pergi tengok orang-orang yang sentiasa update progress diri setiap hari, aku berterima kasih kat mereka yang sudi berkongsi kat media social tentang aktiviti positif mereka.
Dalam tak sedar mereka banyak bantu aku untuk keep on track, keep on motivation, keep consistentcy, sebab aku buat bukan untuk orang, aku buat untuk diri sendiri, untuk mata aku menatap, meneliti diri aku sendiri, untuk merasa hati aku merasa yang aku 'betul-betul' hidup. So find your boost energetic waves untuk support your outer and inner lakukan apa yang kita rasa tak mampu buat. Keep doa always, doa kan senjata orang mukmin, tentunya kekuatan abadi datang dari DIA, the ONLY ONE to keep us alive until now, alhamdulillah.
Note
Keep showing up..for yourself
