A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERPANTANG

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

U-TURN BERPANTANG BALIK!

Baru-baru ni isu berpantang panas lagi, apapun good perspective from two panels. Ika of course sokong amalan berpantang ni buat ibu-ibu bersalin. Kenapa? Sebab Ika dah lalui bagaimana teruknya badan bila tak berpantang anak first, ala kadar berpantang anak kedua, cukup syarat je. Alhamdulillah pengalaman dua keadaan tak berpantang bagi kesan kat kehidupan Ika, maka anak ketiga dan seterusnya Ika berpantang betul-betul selepas bersalin. Rugi tau siapa yang tak berpantang. Bukti orang berpantang amat baik untuk kaum ibu-ibu kukuh melalui penampilan Datin, even umur hampir 80an she's look like 40 years ++, kan? Siapa tak nak awet muda boleh teruskan tak pantang. Rahim sihat akan mirror the outer. Ni bidan sendiri yang bagitahu. Air muka orang berpantang beza dengan orang tak berpantang. Ramai tak percaya, tapi takpe ni depends belief masing-masing. Memandangkan Ika dah belajar dari kesilapan sendiri, so Ika nak share juga supaya jadi pengajaran dan panduan buat young mommy zama...

Tips Elak Meroyan

Ramai mommy ambil enteng tentang persediaan untuk bersalin dan berpantang. Katanya, insyaalllah semua akan ok. Realitinya ramai ibu baru mengalami stress dan hampir meroyan akibat persediaan yang diambil ringan ketika berpantang. Percaya atau tidak, sembelit, sakit seluruh tubuh, tidak cukup tidur, keletihan melampau, lambat makan, anak kurang tidur dan asyik meragam adalah punca-punca yang bakal menyebabkan mommy hampir meroyan jika tidak dikawal dan diatasi dengan segera. Tips elak meroyan ini khas untuk bakal mommy dan berkali-kali jadi mommy sebagai panduan untuk elak risiko meroyan. 1. Pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai bapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan ketika  mengandung lagi. 2. Pastikan anda dapat bantuan dari suami. Ahli keluarga yang lain untuk beri sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin. 3. Dapatkan pembantu rumah/pantang. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu ru...

Awas, Simptom meroyan!

Meroyan merupakan istilah umum orang melayu terhadap perubahan emosi selepas bersalin. Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan rumahtangga dan perhubungan suami isteri. Ramai mommy tak menyedari tempoh berpantang iaitu sejurus selepas bersalin adalah amat penting dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tak diatasi dengan sewajarnya wanita tersebut mungkin menderita seumur hidup. Dianggarkan sehingga 85% wanita alami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun begitu kebanyakannya hanya mengalami pada tahap ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan. Selebihnya ada yang mengalami tekanan emosi berpanjangan. Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan dalam 3 kategori. Postpartum Blues Masalah perubahan emosi yang normal dan tak serius. Masalah yang kerap berlaku selepas bersalin. Perubahan ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun, ia akan be...

Berpantang Rumah Mak atau Mertua

Ini isu panas dan hangat dikalangan mommy kan? Sedih jugak baca luahan mommy yang terpaksa berpantang tanpa kerelaan dirumah mertua disebabkan desakan suami, atau dalam keterpaksaan. Kebanyakan isu yang timbul adalah ketidakselesaan bila berpantang tambah lagi kalau ada biras dan ipar duai didalam rumah tersebut. Keselesaanlah faktor utama yang paling penting bila nak berpantang. Kita selesa nak tidur baring bila-bila masa. Kita selesa bila-bila nak masuk keluar dapur. Kita selesa nak menyusukan anak bila-bila masa. Kita selesa nak makan bila-bila masa. Kita boleh sesuka hati kita nak buat apa ikut keselesaan diri kita bila duduk rumah mak sendiri berbanding mertua. Kadang kita tak nak menyusahkan mak mertua dan paling nak jaga adalah hati mak dan mak mertua. Kita tak nak menyusahkan mak-mak yang makin dimamah usia. Tapi bila bab pantang, semua dalam dilema kalau suami masuk campur guna kuasa veto tanpa bertanya dahulu kepada isteri akan kemahuan bila berpa...

Mandian Teresat segarkan diri dalam Tempoh Berpantang

zaman moden sekarang tak ramai ibu-ibu muda ambil cakna tentang penjagaan diri ketika pantang. Amalan pantang tradisional semacam merumitkan, ambik jalan short cut tak payahlah berpantang, bukan ada kesan apa pun! Elok je sihat..Sekarang mungkin takde memberi kesan kepada diri anda. Mungkin tidak berlaku serta merta tetapi melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, anda mula akan terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan kaki. Bila keadaan tersebut berlaku, kebanyakan ibu mula menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan terkejut jika ada ibu muda yang menghadapi masalah tombong akibat tidak berpantang. Berpantang hanya pilihan, tapi ianya pilihan yang tepat untuk ibu-ibu yang mahu kembali sihat dan bertenaga, serta pulih sepenuhnya setelah melalui siri melahirkan anak. Mandian teresat/Herba antara amalan yang sering dilakukan untuk membantu menyegarkan kembali badan ibuselepas bersalin. Bukan ...