Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Kontraksi awal satu tanda awal yang mommy bakal bersalin. Jangan panik! Apabila tiba masanya otot rahim mula mengecut bermula dari atas rahim hingga merebak kepangkal rahim. Ia akan berlaku berulang kali secara kerap. Sebelum kontraksi sebenar berlakuanda akan melalui proses yang sama pada minggu-minggu terkakhir kehamilan tanpa disedari. Proses itu adalah normal kerana memastikan kedudukan rahim, pangkal rahim dan dan bukaan faraj adalah seiring agar bayi berupaya turun dan keluar lancar semasa proses kelahiran. Sakit kontraksi berpunca dari pengecutan rahim berkala. Kekerapan pengecutan rahim menyebabkan otot-otot rahim kekurangan bekalan oksigen yang mencetuskan rasa sakit didalam otot itu sendiri. Tekanan keatas kompleks saraf yang tersepit diantara dua struktir bertulang yang keras iaitu kepala dan tulang pelvis anda akan menimbulkan rasa sakit disemua bahagian tubuh. Kesakitan yang dialami berterusan dan bertambah kuat sehingga bukaan pangkal rahim menegan...