Waktu Bersalin sudah tiba, apa ibu perlu tahu? Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Waktu Bersalin sudah tiba, apa ibu perlu tahu?

Kontraksi awal satu tanda awal yang mommy bakal bersalin. Jangan panik! Apabila tiba masanya otot rahim mula mengecut bermula dari atas rahim hingga merebak kepangkal rahim. Ia akan berlaku berulang kali secara kerap.


Sebelum kontraksi sebenar berlakuanda akan melalui proses yang sama pada minggu-minggu terkakhir kehamilan tanpa disedari. Proses itu adalah normal kerana memastikan kedudukan rahim, pangkal rahim dan dan bukaan faraj adalah seiring agar bayi berupaya turun dan keluar lancar semasa proses kelahiran.


Sakit kontraksi berpunca dari pengecutan rahim berkala. Kekerapan pengecutan rahim menyebabkan otot-otot rahim kekurangan bekalan oksigen yang mencetuskan rasa sakit didalam otot itu sendiri.
Tekanan keatas kompleks saraf yang tersepit diantara dua struktir bertulang yang keras iaitu kepala dan tulang pelvis anda akan menimbulkan rasa sakit disemua bahagian tubuh. 

Kesakitan yang dialami berterusan dan bertambah kuat sehingga bukaan pangkal rahim menegang dengan aktif. Dalam keadaan ini perut akan menegang setiap 10minit. Paling kerap ialah 20saat. Kekerapan kontraksi mestilah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa.
Sekiranya hal sebaliknya berlaku sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45minit dan selanjutnya 5minit,perlu diingatkan ianya bukan kontraksi yang tulen.



Bayi turun
Bayi akan mula turun ke saluran peranakan yang sedia meregang sedikit demi sedikit. Penurunan ini juga akan menimbulkan rasa sakit apabila bayi sampai ke faraj dan bersedia untuk keluar. Regangan keseluruhan rongga faraj dan semua otot pelvis diperingkat akhir proses bersalin turut menyebabkan anda terasa sakit.


Anda perlu segera ke hospital sebaik sahaja mengalami tanda awal bersalin. Sekiranya ibu mengalami komplikasi semasa mengandung seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantungbdan masalah-masalah kesihatan yang lain pantau dari doktor amatlah diperlukan kerana cara kelahiran dapat ditentukan sesuai mengikut keadaan si ibu.


Bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran yang bakal berlaku. Kurang dari 3cm menunjukkan anda diperingkat awal kelahiran. Manakala bukaan pangkal rahim lebih dari 3cm menandakan anda difasa aktif kelahiran.


So mommy, ambil cakna akan tanda kelahiran, kerana mommy bakal praktis semua latihan dikelas antenatal dimedan perjuangan sebenar. Fighting!


Erm mommy masih tercari-cari Set Berpantang yang sesuai? Set pantang Shaklee antara recommended untuk mommy berpantang dengan gembira, free stress dan paling penting bertenaga. Percayalah mommy sekalian antara benda yang mommy nak dalam pantang adalah tenaga diri sendiri dan luka cepat pulihkan? haa inilah dia,  Set Pantang Shaklee insyaallah dapat atasi semua masalah lazim ketika mommy berpantang. Meh whatsapp Ika directly untuk pertanyaan dan order. Ika bantu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...