Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Ramai mommy ambil enteng tentang persediaan untuk bersalin dan berpantang. Katanya, insyaalllah semua akan ok. Realitinya ramai ibu baru mengalami stress dan hampir meroyan akibat persediaan yang diambil ringan ketika berpantang. Percaya atau tidak, sembelit, sakit seluruh tubuh, tidak cukup tidur, keletihan melampau, lambat makan, anak kurang tidur dan asyik meragam adalah punca-punca yang bakal menyebabkan mommy hampir meroyan jika tidak dikawal dan diatasi dengan segera. Tips elak meroyan ini khas untuk bakal mommy dan berkali-kali jadi mommy sebagai panduan untuk elak risiko meroyan. 1. Pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai bapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan ketika mengandung lagi. 2. Pastikan anda dapat bantuan dari suami. Ahli keluarga yang lain untuk beri sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin. 3. Dapatkan pembantu rumah/pantang. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu ru...