Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Cuti-cuti sekolah ni macam-macam perancangan aktiviti bersama anak-anak dan keluarga. Macam Ika sendiri bulan Disember adalah acara tahunan keluarga kami untuk berkumpul beramai-ramai sempena Family Day belah Mak. Dari tahun 2012 kami mula acara tahunan ni, alhamdulillah segala perancangan dan semestinya kesetiaan semua ahli keluarga untuk memberi komitmen untuk menjayakan program tahunan ni. kredit pic:pinterest.com Memandangkan masih ada yang tak tahu nak buat apa sepanjang cuti sekolah ni, Ika cadangkan tips untuk memanfaatkan cuti sekolah ni kepada anda mana tahu boleh memnuhi tabung emosi anak anda, takdelah kerja anak mengadap tv dan gadjet sahaja kan? 1. Bercuti ke tempat pelancongan Yang ni memang pilihan kebanyakan keluarga pada hari ni, asal ada cuti saja, semua ambil peluang untuk keluar bercuti bersama keluarga ke tempat pelancongan popular atau menarik untuk memanfaatkan cuti. Anda boleh pilih konsep 'staycation' dengan mencari tempat-tem...