CADANGAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH




Cuti-cuti sekolah ni macam-macam perancangan aktiviti bersama anak-anak dan keluarga. Macam Ika sendiri bulan Disember adalah acara tahunan keluarga kami untuk berkumpul beramai-ramai sempena Family Day belah Mak. Dari tahun 2012 kami mula acara tahunan ni, alhamdulillah segala perancangan dan semestinya kesetiaan semua ahli keluarga untuk memberi komitmen untuk menjayakan program tahunan ni.

kredit pic:pinterest.com



Memandangkan masih ada yang tak tahu nak buat apa sepanjang cuti sekolah ni, Ika cadangkan tips untuk memanfaatkan cuti sekolah ni kepada anda mana tahu boleh memnuhi tabung emosi anak anda, takdelah kerja anak mengadap tv dan gadjet sahaja kan?

1. Bercuti ke tempat pelancongan
Yang ni memang pilihan kebanyakan keluarga pada hari ni, asal ada cuti saja, semua ambil peluang untuk keluar bercuti bersama keluarga ke tempat pelancongan popular atau menarik untuk memanfaatkan cuti. Anda boleh pilih konsep 'staycation' dengan mencari tempat-tempat menarik berdekatan dengan tempat tinggal anda. Jimat pun lebih jimat, yang penting dapat berkumpul bersama ahli keluarga.

2.Sertai Run Program/Hiking
Ada juga yang memilih untuk keluarga join program berlari, sekarang tengah trending larian, program sebegini pun sangat bagus kerana dapat menambah kenalan, tambah info dan yang penting dapat 2 dalam satu, seronok dan sihat.
KREDIT PICTURE : klik.my


3. Kenduri dan Family Day.
Yang plaing favourite keluarga Ika. Perasan tak mak ayah ni salah satu cara nak panggil semua anak-anak dan sanak saudara berkumpul bersama dengan mengadakan kenduri. Cara indirect orang-orang lama-lama untuk merapatkan jurang yang longgar akibat kesibukan urusan kehidupan masing-masing. Kalau part ni memang jaranglah dapat menolak untuk sertai sekali, nak tak nak memang wajib balik, takkan nak tunggu musim raya saja baru balik berkumpul jumpa sanak saudara kan?

4. Sertai Kem Motivasi/ Aktiviti
Ramai jugak parents zaman sekarang memilih untuk anak menyertai kem, bermacam jenis kem zaman sekarang, pilih je. Ada yang memilih outdoor camps ada yang pilih kem mengaji, kem motivasi dan bermacam lagi. Tak kisahlah yang mana satu pun asalkan ianya bermanfaat dan punya nilai dan pengalaman baru untuk anak-anak yang menyertai. 


5. Jadi Perumah
Yang ni memang ramailah, ada yang tak kemana-mana pun cuti sekolah ni, duduk rumah je. Pun boleh sangat buat aktiviti apa-apa dengan anak-anak. Macam Ika sendiri hanya fokus anak belajar buat rutin harian seperti tidur dalam bilik sendiri, bangun awal pagi, kemas tempat tidur dan sebagainya. Memang sesi cuti sekolah ni training anak-anak buat kerja rumah saja. Pun dah seronok diorang, asalkan ada aktiviti sudah. 




5.Kem Ibadah
Ini juga merupakan kem yang baik untuk anak-anak. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih anak-anak untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing anak-anak melayari kehidupan ini ke jalan yang benar.