Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Tahukah anda bahawa kemungkinan ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50 hingga 100 urat rambut setiap hari?Lazimnya ibu yang berambut panjang lebih ketara mengalami masalah ini. Adakah ibu selepas bersalin berisiko mengalami kebotakan?Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dialami oleh ibu yang lepas bersalin. Tetapi jangan panik, kepala anda tidak akan botak, sebaliknya ia kembali normal antara masa enam ke 12 bulan selepas bersalin. Rambut gugur menjadi lumrah masalah bagi ibu yang baru melahirkan anak. Malah ada yang berpendapat mengatakan bila anak sudah pandai buat buih, ketika inilah rambut ibu akan gugur dengan banyak, mitos ini teramat popular dikalangan ibu, namun apa yang pasti keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi yang menyembur air liur atau menyusu badan. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ini berlaku dalam dua hingga tiga bulan selepas bersalin. hakikatnya rambut mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa rehat iaitu b...