Rambut Gugur Masalah Ibu Selepas Bersalin Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Rambut Gugur Masalah Ibu Selepas Bersalin

Tahukah anda bahawa kemungkinan ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50 hingga 100 urat rambut setiap hari?Lazimnya ibu yang berambut panjang lebih ketara mengalami masalah ini. Adakah ibu selepas bersalin berisiko mengalami kebotakan?Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dialami oleh ibu yang lepas bersalin. Tetapi jangan panik, kepala anda tidak akan botak, sebaliknya ia kembali normal antara masa enam ke 12 bulan selepas bersalin. Rambut gugur menjadi lumrah masalah bagi ibu yang baru melahirkan anak. Malah ada yang berpendapat mengatakan bila anak sudah pandai buat buih, ketika inilah rambut ibu akan gugur dengan banyak, mitos ini teramat popular dikalangan ibu, namun apa yang pasti keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi yang menyembur air liur atau menyusu badan. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ini berlaku dalam dua hingga tiga bulan selepas bersalin.

hakikatnya rambut

mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa rehat iaitu bila rambut kekal dikulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Lazimnya masalah rambut tidak dihadapi semasa hamil kerana rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut ketika itu. malah ada yang mendapati rambut tumbuh lebih lebat ketika itu. Bagaimanapun rambut mula gugur dengan banyak atau dua kali ganda selepas bersalin. Anda mulai risau melihat rambut gugur dengan banyak terutama ketika menggunakan syampu.

Faktor keguguran rambut selepas bersalin:

Perubahan Hormon

Hormon progestrogen dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. Malah ketika ini, anda juga dapati rambut sedikit berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi selepas berslain,tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk ke peringkat berehat. Ini bermakna, lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat.

Tekanan

Kesibukan yang dihadapi oleh ibu perlu menguruskan bayi baru lahir memberi tekanan kepada dirinya malah, keadaan lebih meletihkan apabila ibu juga perlu bekerja. Akibatnya mengehadkan masa ibu untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Kerap Hamil dan Bersalin

Ibu yang semakin berusia dan kerap hamil beberapa kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Ia berlaku kerana tidak menjaga kebersihan rambut yang akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Pemakanan

Sikap tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mulai memasuki usia enam hingga 12bulan. Malah ada juga hanya mengalami masalah ini sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan. Namun sekiranya keadaan berterusan sila dapatkan nasihat khidmat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

Lakukan


  1. Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Antaranyatelur, daging, ayam, makanan, gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan segar, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.
  2. Jangan lakukan rawatan rambut seperti mengerinting, mewarnakan, melurus sehingga rambut kembali normal dan sihat.
  3. Memotong rambut yang panjang untuk mengelakkan rambut banyak gugur dan memudahkan juga dalam menguruskan sikecil.
  4. Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimiaatau yang berasaskan organik.
  5. Gunakan sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambutdan kulit kepala iaitu jenis lembut. Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
  6. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu rambut bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut kuat dan sihat.
  7. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.
  8. Boleh memotong rambut menjadi pendek dapat mengurangkan masalah rambut gugurdan mudah diuruskan.
  9. Dapatkan tidur yang mencukupi serta kurangkan tekanan dan stress.
  10. Jika rambut masih gugur dengan banyak, ia mungkin petanda postpartum thyroiditis, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Mesti Tahu

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut  


Jom kita list vitamin yang dapat membantu merawat rambut gugur.


B-Complex :Vitamin B-Complex mengandungi Biotin dan ia terkenal dalam menguatkan rambut serta kuku. Biotin juga membantu untuk meningkatkan kualiti elastik rambut dan dengan itu, menghalang ia daripada kerosakan. Di samping itu, Biotin boleh membuat folikel rambut anda tebal serta kuat. Malah, kebanyakan dermatologi mengesyorkan penggunaan Biotin untuk rawatan keguguran rambut. Walaupun terdapat sumber yang baik Biotin dalam makanan tertentu seperti hati atau telur, ia akan menjadi tidak praktikal untuk mendapatkan Biotin cukup daripada makanan ini dan oleh itu hasil yang terbaik akan diperolehi daripada mengambil makanan tambahan.
Niacin, yang juga dikenali sebagai vitamin B3, membantu dengan peredaran di kulit kepala dan ini membantu rambut anda tumbuh semula. Vitamin B5 juga berfungsi seperti B3 tetapi juga boleh melambatkan kunci uban anda. Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut. Menggunakan vitamin yang baik dari keluarga B akan memberikan anda keputusan yang menakjubkan untuk rawatan kehilangan rambut anda dan berita baik adalah bahawa vitamin ini juga boleh didapati dalam beberapa makanan yang anda makan.

Vitamin E :Satu lagi vitamin yang bagus untuk rawatan keguguran rambut anda adalah vitamin E. Vitamin E terkenal kerana keupayaannya untuk melembapkan. Ia benar-benar boleh membantu kulit kering anda serta rambut. Rambut anda berasal dari kulit kepala, mempunyai kulit kepala lembap boleh bukan sahaja memperbaiki keadaan rambut anda tetapi boleh membantu mencegah kehilangan rambut. Vitamin E juga membantu edaran di seluruh badan anda dan ini termasuklah kulit kepala yang benar-benar membantu anda untuk mendapat rambut sihat.

Vitamin C :Vitamin C membantu untuk menghasilkan kolagen, gam yang memegang tisu kita bersama. Salah satu daripada gejala yang paling biasa kekurangan vitamin C adalah rambut rapuh dan mudah putus.

Zinc :Kekurangan Zinc boleh menyumbang kepada rambut gugur kerana tanpa mineral zink dan lain-lain yang berkaitan, shaf rambut anda menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink manfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh.



ESP : Protien sangat penting untuk menguatkan rambut dan menggalak pertumbuhan rambut. Kandungan protein ESP juga bagus untuk memperbaiki dan membina sel-sel kulit baru yang lebih sihat. Ia juga sangat membantu masalah rambut bercabang dan rapuh.
Lagi jimat jika kita mengambil vitamin dalam merawat masalah rambut gugur. Vitamin di atas bukan hanya untuk rambut tetapi juga bagus untuk kulit, kuku dan keseluruhan badan. Berbaloi kan? 

Jadi apa tunggu lagi, orang lain dah ramai yang mengambil vitamin untuk rambut dan tubuh badan yang sihat anda bila lagi?

Tetapi kenapa vitamin Shaklee? Terpulang pada anda untuk mengambil jenama apa pun, tetapi vitamin Shaklee adalah yang terbaik dan semulajadi yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...