A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SHAKLEE DAILY ESSENTIAL

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Panduan Untuk Hamil dari Dr. Hamid Arsyat

Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga dan penerus generasi dan sesungguhnya anak itu rezeki kurniaan Allah, ada pasangan yang cepat direzekikan anak dan ada pula yang lambat, ada yang tidak direzekikan, namun sebagai hambaNYA kita disarankan untuk berusaha. Antara perkongsian Dr Hamid Arsyat untuk cepat dan mudah hamil dengan izin-NYA jua. 1. Kahwin Awal Ini kerana telah terbukti bahawa wanita paling subur dan produktif pada umur sebelum 20tahun . Pada usia ini, wanita belum berisiko berdepan dengan ketumbuhan seperti endometrisisdan fibroid serta beberapa jenis penyakit di dalam rahim. Jika ada jodoh jangan bertangguh walaupun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya. 2. Jumpa Doktor Lebih 80% akan hamil satu tahun selepas kahwin. Jika ada sengugut atau gangguan haid segera berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan rahim dan ujian. 3. Buat Rawatan Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan terbaik....

Suami Bila Ada 'Orang Baru'

Double meaning sangat tajuk ni kalau kat belah suami kan. Terus datang syak wasangka isteri, hehe. Namun orang baru dalam hidup suami tak lain tak bukan zuriat hasil cinta kalian. Dalam suasana baru menerima kehadiran  orang baru, percayalah suami pun dalam keadaan teruja, tak percaya. Berikan masa padanya untuk membiasakan suasana baru untuk turut sama mengurus anak kecil. Namun segelintir suami tidak memahami perjuangan seorang isteri setelah kelahiran anak.  Apa yang suami boleh lakukan sejurus menerima cahaya mata adalah:- 1.Fahami keadaan dan situasi Selepas bayi lahir tentunya isteri anda banyak kewajipan yang perlu dilunaskan. Menyusukan si kecil sahaja sudah mengambil sebahagian besar masa isteri. Fahamilah situasi ini dan redalah semua ini dilakukan demi zuriat yang baru lahir. 2. Bantu isteri menguruskan sikecil Percayalah suami, pertolongan anda dalam menguruskan sikecil amat dihargai isteri. Jika berasa kekok bantu isteri menguruskan rumah dan an...