Suami Bila Ada 'Orang Baru'

Double meaning sangat tajuk ni kalau kat belah suami kan. Terus datang syak wasangka isteri, hehe. Namun orang baru dalam hidup suami tak lain tak bukan zuriat hasil cinta kalian.
Dalam suasana baru menerima kehadiran  orang baru, percayalah suami pun dalam keadaan teruja, tak percaya. Berikan masa padanya untuk membiasakan suasana baru untuk turut sama mengurus anak kecil. Namun segelintir suami tidak memahami perjuangan seorang isteri setelah kelahiran anak. 

Apa yang suami boleh lakukan sejurus menerima cahaya mata adalah:-

1.Fahami keadaan dan situasi
Selepas bayi lahir tentunya isteri anda banyak kewajipan yang perlu dilunaskan. Menyusukan si kecil sahaja sudah mengambil sebahagian besar masa isteri. Fahamilah situasi ini dan redalah semua ini dilakukan demi zuriat yang baru lahir.

2. Bantu isteri menguruskan sikecil
Percayalah suami, pertolongan anda dalam menguruskan sikecil amat dihargai isteri. Jika berasa kekok bantu isteri menguruskan rumah dan anak-anak lain dengan mencuci pakaian, menyediakan makanan dan melayan karenah anak.

3. Sayangi sikecil
Apabila anda menunjukkan kasih sayang pada sikecil isteri anda juga tentu akan gembira. Menyayangi si kecil bermakna menyayanginya juga. Peruntukan masa sedikit untuk melayan sikecil selepas balik kerja membuatkan anda dihargai isteri.

4. Letakkan prioriti anda kepada isteri dan anak
Selepas mempunyai anak, rumahtangga kini menjadi keutamaan dalam kehidupan anda. Buang perangai anda yang lama seperti suka menghabiskan masa dengan rakan atau lebih mengutamakan hobi. Kini anda punya ahli keluarga dan ada tanggungjawab baru yang memerlukan kerjasama dan perhatian anda.

5.Beri Hadiah pada isteri
Hadiah seringkali menjadi penambat sanubari yang paling berkesan. Apa kata hadiahkan sesuatu kepada isteri untuk menunjukkan anda masih menyayanginya dan mencintainya. Hadiah tidak semestinya mahal. Cukup sekadar tanda ingatan ikhlas.


Nahh, simple sangat menghargai isteri anda tambah lagi jika sudah mula menggalas tugas sebagai ibu. Apakat hadiahkan juga set suplemen untuk menyokong isteri dari luar dan dalam. Katakan "sayang, abang ada belikan suplemen untuk ayang sebab nampak ayang letih sangat sejak ada baby ni. Abang hanya mampu hadiahkan kesihatan buat ayang, sebab abang nak ayang sentiasa happy, sihat dan bertenaga even sibuk uruskan anak kecil kita."



Aww, sweet bersemut gitu. Set Daily Essential atau Energy for Life sangat sesuai untuk ibu menguruskan rumahtangga. 

Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.