POSTUR TIDUR BILA HAMIL Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

POSTUR TIDUR BILA HAMIL

Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik. Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki. Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.


Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan. Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.


Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.


Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.


12 Panduan Atasi Masalah Tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri.

Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam

Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur

Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam

Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas

Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam

Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga

Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik

Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa

Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur

Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur

Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur

Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.
CREDIT PA&MA




Bagi ibu pregnant, tidur yang kena tu amat penting kerana sepanjang hamil badan cepat penat dan lenguh. Pengaliran darah yang lancar juga sangat penting untuk mengelakkan kebas-kebas dan kekejangan kan? 




Ika tau sangat la ni 4 kali hamil, macam-macam pesen nak selesakan diri masa tidur, kan?. Ostematrix dan Omegaguard sangat membantu Ika dari sakit belakang dan lenguh badan, tidur pun lena even dalam ketakselesaan. Ostematrix dan Omegaguard ni ada dalam set WELLNESS STARTER PACK PROMO HINGGA 28FEB 2019 tau. So uols boleh dapatkan dengan harga terjimat untuk set lengkap. Nak shopping loose item pun boleh melalui ESELL KLIK ORDER NOW kat hujung entri ni. 



Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...