A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HAMIL

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

KEPERLUAN IODIN SEMASA HAMIL

Kepentingan Iodin Untuk Ibu Hamil ----------------------------------------- Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia. Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun. Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, h...

POSTUR TIDUR BILA HAMIL

Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik. Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.  Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan. Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan t...

Alahan Semasa Hamil Bahayakah?

Dalam kegembiraan mommy terima berita kehamilan, ada satu kemungkinan yang mommy harus bersedia menghadapi kemungkinan semasa hamil. Bukan semua orang bernasib baik dapat laui proses kehamilan smooth ja. Komplikasi ketika hamil disebabkan beberapa faktor ada kalanya sesetengah ibu hamil mengalami alahan. Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simptom muntah-muntah, pening kepala dan perut sebu dan segalanya terasa serba tidak kena. Keadaan ini biasanya berlaku ketika mommy bangun tidur, namun ada juga yang muntah aje sepanjang masa sehingga menggangu rutin harian. Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan  oleh perubahan hormon pada badan. Ada juga yang mengatakan alahan disebabkan oleh ketidakseimbangan gula dalam badan. Alahan semasa hamil tidak berbahaya namun ianya berisiko jika mommy tidak menangani alahan tersebut dengan sebaiknya. Kebiasaannya, alahan yang dialami wanita mengandung dalam trimester pertama, Apabila usia kandungan mencecah tr...